Ahah, Alhamdulillah dapat lagi berjumpa dengan September untuk tahun ni. Kalau tengok kan tajuk, macam tajuk lagu la pulak, tapi tak boleh samakan dengan lagu tu, pasal itu lagu sedih. Ini cerita, taklah sedih kui3.
Dah lama bercuti, termasuk cuti blogging, entah di mana nak bermula pun taktahu, jadi kekok la pulak. Tapi, kalau tak mula mengetuk keyboard ni memang tak jalan la jawabnya.. Bukan apa, di kampung talian internet macam biskut kejap ada kejap tak..
Ehmm, berbalik kepada tajuk di atas, tiap tahun bulan yang aku rasa special bulan September lah, hehe.. pasal banyak benda manis berlaku dalam bulan ni, termasuklah birthday aku sendiri, birthday blog ni, birthday Hana Zaty.. wahh.. banyak la lagi.
Complete sudah, 2 tahun aku dalam dunia blogging, banyak perkara yang aku belajar, aku sedar dan pelbagai ilmu/perkongsian aku boleh dapat melalui blogging. bukan hanya sekadar menulis, tetapi membaca, menghayati dan mempelajari.
Apa pun ini post pertama aku dalam bulan ni, tak banyak yang ingin aku perkatakan, cuma apa yang sempat aku selitkan di sini, raya tahun ni berbeza sikit dengan tahun sebelumnya.. bermula dengan balik kampung, aku tak perlu memikirkan hal tiket bas lagi.. dan nak beraya, tak perlu tunggu orang ajak lagi :D
Okeh kawan - kawan pembaca sekalian, aku rasa sampai di sini sahaja. Sekadar warm-up sahaja, cewahh macam nak pi main bola pulak lagaknya. Apa pun, jaga diri, hiasi peribadi. Smile!
0 comments