Teringat babak di mana Kapten Barbossa menceritakan situasi di mana dia dan Black Pearl yang cuba di musnahkan oleh Blackbeard, dia cuba bertahan dengan segala usaha yang ada dan walaupun terpaksa hilang sebelah kakinya, namum Barbossa tetap optimis untuk survive.
Begitulah hendaknya kita dalam hidup ni. Jangan mudah mengalah. Hidup dengan azam. Hidup dengan usaha. Pasti segala apa yang kita hajati akan berhasil. Bulatkan tekad, hadapi segala rintangan dengan cara penyelesaian yang terbaik.
Siapa yang boleh bantu kita untuk cemerlang dalam peperiksaan? Siapa yang boleh bantu kita untuk hidup sempurna? Siapa yang boleh bantu kita untuk mendapat kerjaya yang baik? Siapa yang boleh bantu kita untuk memenangi pilihan hati?
Tanya diri anda, dan at the end of story, semua jawapan itu akan berbalik kepada diri anda. Andalah yang akan menentukan laluan hidup anda samada cemerlang, ataupun apa sahaja yang anda hajati. Bagi aku, semua yang berlaku dalam ranjau kehidupan aku adalah motivasi terbaik untuk aku bertahan.
Aku survive sendiri dalam penentuan kehidupan yang aku telah, sedang dan akan aku lalui. Pasti kalian juga begitu. Aku taknak menyusahkan isi keluarga aku, dan apa sahaja kehendak, aku yang buat keputusan mengikut apa yang aku mampu.
Bagi yang mengikuti 'cerita' aku, sememangnya aku agak ketinggalan dan lambat dalam setiap perkara. Tetapi aku tak cakap aku tak akan dapat memilikinya kan? Mungkin cepat atau lambat sahaja. Manisnya bila memiliki sesuatu dengan usaha sendiri. Ibubapa, guru dan kawan - kawan mungkin sebagai pendorong semangat sahaja.
Yang pentingnya ada perancangan dan tekad yang kuat untuk melaksanakan perancangan tersebut. Dulu - dulu bukan aku tak mahu beli kereta, bukan aku tak mahu ambil lesen memandu, tetapi aku hanya memikirkannya bila keadaan sesuai. Bila status kewangan dah stabil, bolehla berkira - kira untuk maju setapak lagi.
Aku bukan jenis yang nak sesuatu perkara, perlu segera dan perlu menyusahkan orang lain. Tidak. Biarlah lambat sedikit asalkan tidak mengheret orang lain. Ada yang hidupnya mudah, semuanya di suap - sedikit pun aku tidak berasa cemburu kerana itu laluan hidupnya sendiri. Apa yang aku tekankan di sini, mana - mana yang senasib dengan aku, hanya satu perkara - ukur baju di badan sendiri.
Beringatlah tentang satu perkara, jika anda fikirkan boleh, anda pasti boleh! Sebab, semua yang terjadi dalam hidup anda, diri sendiri yang menetukannya. Tara...
0 comments