Semasa aku mengambil ujian MUET, sesi perbincangan dalam kumpulan, tajuk yang di berikan ialah "Penampilan Lambang Peribadi".. Tajuk macam boleh goreng, tapi bila kena bincang dan bercakap dalam Bahasa Inggeris, 10 minit tu memang terasa sangat lama.
Banyak juga isi yang kami bincangkan. Tapi dah tak berapa ingat, 2004 dan 2011 tu memang banyak dah hari yang di lalui hehee.. Tapi takpe mari kita bincangkan semula, dan sambil - sambil mengucah kuaci boleh juga anda memberi pandangan anda.
Di bangku sekolah lagi kita memang di ajarkan untuk mengenakan pakaian yang kemas, bersih dan sopan. Penampilan sebegini memang sesuai dengan pelajar yang berilmu, profesional dan berketerampilan. Sama halnya di tempat kerja, penampilan perlu sentiasa di jaga.
Kalau semasa di sekolah, baju tidak bergosok mungkin boleh di terima lagi, tetapi bagi orang yang bekerjaya, lebih elok rasanya kita mengenakan pakaian yang kemas supaya selain boleh menunjukkan imej yang baik, ia juga boleh menjadikan individu lebih confidence.
Bagi yang ada rambut, sisir lah dengan rapi. Jangan lupa menyapu minyak rambut supaya tidak kelihatan kusut masai dan selekeh di tempat kerja. Walau apa pun profession kita, perlu untuk kita memastikan diri sentiasa segar, dan kelihatan profesional. Bukan untuk mendapat anugerah, cukup sekadar untuk mendapat good impression dari rakan sekerja atau Bos.
Sebagai pendidik, aku memang menekankan hal penampilan ni. Bayangkan jika guru sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik, masakan pelajar mengambil endah apa yang di sarankan kepada mereka. Nanti ibarat ketam mengajar anak berjalan pula.
Falsafah aku, biar diri tak handsome, asalkan segak! hahah, boleh terima ke? Penampilan mencerminkan peribadi. Tapi, ada juga inferens negatif yang mengatakan, penampilan semata - mata tidak boleh di jadikan ukuran. Ada juga pembunuh upahan yang memakai sut kemas, dan ada juga hartawan yang hanya memakai selipar.. err.. Terpulang lah kan.. pembawakan diri masing - masing.
Pendapat pembaca pula bagaimana? Apa komen anda mengenai topik 'Penampilan Lambang Peribadi'?.. Mungkin, anda punya jawapan sendiri?..
0 comments