Cabaran Blogger dari Bro Ismail N kembali lagi, dan kini DLSL memfokuskan kepada permainan kegemaran di masa kanak - kanak (mungkin dalam siri mengenang waktu kanak - kanak), dan blogger yang berminat bolehlah membuat satu entri berkaitan, dan di sertakan juga sebab - sebab anda menggemari permainan tersebut dan juga pengalaman menarik mengenainya.
Dalam entri 'Memori Itu' lalu, sempat juga aku selitkan beberapa permainan aku di masa kanak - kanak. Tapi untuk Cabaran blogger ini, Bro Ismail hanya ingin menamakan satu sahaja permainan kegemaran. Baik, seperti tajuk di atas, terang - terang aku sukakan permainan bola tepuk.
Bola Tepuk
Ramai yang dah mengetahui bola tepuk ni macamana kan? Tapi takpe, aku bagi breifing lagi mengenainya. Bola tepuk ni permainan bola sepak lah, di mana pemain di buat daripada kertas (lagi keras lagi power). Biasanya, aku memilih kotak ubat nyamuk Fumakilla pasal kertas dia keras sikit.
Kemudian kertas tersebut di potong, di lipat dan di tulis/lukis lah jersi dan nama pemain untuk pasukan tertentu. Bola pula boleh di buat dari kertas timah kotak rokok atau kalau yang lebih advance, boleh ambil manik di jarum tudung, atau manik pada bunga hiasan atau nak lebih kenyal dan padu, boleh ukir getah pemadam menjadi bulat.
Dalam keluarga, aku dan abang aku seorang je, jadi kami berdua je lah yang main. Kami mula bermain liga Malaysia dan England dari 1993 sehingga 2004, dan di sambung dengan menggunakan PS1 dan 2007 kami mula menggunakan PS2. Dalam tahun 2000, kami mula bermain liga Sepanyol dan Itali. Kalau ada tournament besar seperti World Cup dan Euro, kami buat pemain lain.
Format pertandingan, kami yang reka sendiri. Dari tahun ke tahun, ada je improvement. Pada awalnya kami bermain 8 pemain sepasukan, dan pada tahun 1997 kami bermain 11 orang dan memperkenalkan sistem kad. Dalam tahun 2000, kami meletakkan pengadil di tengah padang, dan kalau rembatan bola menjatuhkan pengadil, prittttt Red Card!! hhahaa
Dalam EPL, kami hanya memilih 12 pasukan sahaja. Liga Malaysia, semua pasukan main. Musuh tradisi dalam permainan ni semestinya Selangor-Perak,dan Arsenal-Manchester United. Main memang serius gila lah, kalau kalah tu memang boleh buat bergaduh. Sampai tak bertegur sehari pun ada.. hahaa
Pengalaman yang aku rasa menarik, pernah suatu ketika, abang aku mengamuk pasal MU kalah dengan Marseille 1-0, masa tu dah guna PS1.. dia mengamuk dan pecahkan joystick.. Aku hanya terdiam je la pasal benda tu pun dia yang beli..Bila dah pecah tu, dok termenung je la pasal nak main dengan apa? hahaa..
Bila aku di sekolah, aku bawakan game ni di asrama. 2002, time World Cup, dan masa tu aku ambil Brazil.Keh3.. Dalam peringkat kumpulan, memang aku belasah team - team lain, dan bila masuk final memang aku jangka aku menang mudah, tapi rupanya penyokong semua bagi pressure kat aku. Sudahnya aku kalah 4-2 dengan Itali.. hampehh betul..
Kat sini aku tak dapat nak tunjukkan gambar - gambar pemain yang aku ada, sebab mak aku dah bakar kesemuanya.. Tapi memang best lah, siap colour dengan 'colour magic' lagi tu, tapi tulah kenangan.. hahahh..Jadi persoalan kedua Bro Ismail, kenapa suka permainan ni? Jawapannya, ada kat atas tu hehee...
0 comments