Hahah, menghampiri penghujung September, baru 8 je blog entri yang terhasil (tidak termasuk entri ini), tidak hairan lah 2 tahun dah dalam blogging, post entri belum cecah 300. Tapi takpe, tulis banyak - banyak pun belum tentu ramai orang yang baca blog ni.. Slow and steady je lah. :D
Bulan ni jugak aku belum lagi membuat ulasan, tips atau panduan untuk blogger kan? Heheh, nak mencari kelainan tu bukan perkara senang (bagi aku la), dan kalau nak post benda yang sama aja, pergi blog ni, pergi blog tu, pergi blog sana-sini semua yang sama je, bosan juga kan?
Tak perlu melalut lebih panjang, di kesempatan ini, aku bukanlah untuk memberi tips, tapi hanya ingin menyuarakan rasa bangga aku pada kawan - kawan blogger yang rapat dengan aku suatu ketika dulu, kerana sekarang boleh kata mereka telah berjaya.
Berjaya di sini, ikut konteks la. Kalau sasaran untuk mencari pendapatan yang berbaloi melalui blogging, aku rasa mereka memang dah berjaya. Kalau sasaran untuk mencari pengunjung yang Woww!! aku rasa mereka dah berjaya.. dan lain - lain sebab lah kan.. Hehehee sebab minat dan halatuju blogging ni terlalu subjektif.
Blogger | Alexa Rank |
Ciktom | 148,932 (WP) |
Belalang | 141,344 (WP) |
Ellen | 53,421 (WP) |
Mak Lagenda | 217,100 (WP) |
Jericho | 493,569 (WP) |
Mankete | 99,283 (BS) |
Padin | 373,764 (BS) |
Jadual 1 : Alexa Rank for Blogger
Kalau tengok jadual di atas, kebanyakan mereka telah berpindah ke Wordpress dan melangkah maju setapak ke hadapan lagi. Aku masih dalam 'keluarga blogspot', dan Alexa Rank aku corot gila hahaa keh3..
Tapi, yang buat aku seronok, sekarang aku boleh berjimat untuk membeli suratkhabar sebab kebanyakan berita terkini aku boleh dapatkan di blog diorang :D, termasuk tips memasak dari Ciktom yang di jamin mudah dan sedap... Bak kata orang, semua maklumat ada di sekeliling aku je. Nak maklumat, just one click!
Jadi, kalau ada sesiapa yang ingin berjaya seperti diorang bolehlah berguru dengan diorang, aku pasti diorang takkan mengabaikan pertanyaan korang. Kalau apa yang sarankan ni bercanggah, aku minta maaf lah sebab saranan aku ni berdasarkan apa yang aku kenal diorang waktu dulu, sekarang ni entahlah.. jarang dah berbual.
Okey, itu sahaja kali ini. Walau apa pun tujuan anda berblogging, tak perlu nak kecoh - kecoh, tak perlu nak bergaduh, umpat sana umpat sini. Dunia blogging ni kecik aja.. :D,bersatu lah, berkerjasamalah dan beramah-mesra lah, tak rugi apa pun. Babai.
0 comments