Wahaaa sejak Jumaat aku tidak berada dalam talian, sampai la malam raya ni baru dapat menjengah masuk sebentar. Hee, banyak faktor, dan faktor utama adalah keyword "balik kampung".
Semestinya, ramai orang termasuk aku pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga. Aku bercuti sehari awal dan mula bergerak dari Johor sesudah subuh dan tiba di kampung halaman di Bota, Perak sebelum sembahyang Jumaat.
7 jam perjalanan sesuatu yang mengujakan. Pertama kali memandu sendiri pulang ke kampung, bersendirian dan memakai jentera Honda yang baru di miliki, akhirnya sampai juga kaki di halaman rumah dengan selamat. Tengahari tu dah ngantuk sebenarnya, tapi memandangkan dekat je lagi, aku teruskan perjalanan.
Berehat sehari di rumah, akhirnya kena paksa juga buat kerja, huhuu.. Kalau di JB, senang - senang aja aku menyuruh anak buah membuat kerja, tapi di kampung aku jadi kuli.. adeii projek tahun ni -- projek mengecat rumah.. adehh dahla pinggang lenguh, leher pun turut lenguh.
Apa pun esok nak raya dah, so malam ni kita bakar mercun dulu... Berlawan dengan jiran sebelah, penamatnya mercun papan Raya Cina tu, dan mercun 25 das tembakan ke udara.. hahaa.. Setakat ni selamat je semua, takde pulak yang tangan- jari hancur.
Aku rasa, ringkas sahaja entri kali ini. Kalau ada masa, bolehlah cerita Hari Raya Pertama 2011 pulak, hee.. Di kesempatan ini, aku sebagai penulis rasmi blog padinno.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk Malaysia yang ke-54. Senyum Sokmo!
0 comments