Selamat Datang Ke padinno.com
Anda pernah tinggal di asrama? Biasanya bila di sebut asrama kita akan lebih fokus semasa berada di bangku sekolah tetapi sebenarnya ia boleh juga dikaitkan tinggal di asrama semasa menyambung pelajaran di matrikulasi atau universiti.
Namun, mungkin jengkel jika di sebut asrama bagi pelajar universiti, kerana ia lebih sinonim kepada kolej dan dan rumah sewa. Apa pun, untuk blog entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mengenai kelebihan tinggal di asrama berbanding sekolah harian biasa.
Setelah tamat pengajian sekolah rendah, aku mengambil keputusan untuk tinggal di asrama. Banyak faktor mendorong aku tinggal di asrama, termasuklah pada waktu itu abang dan kakak aku dah masuk asrama jadi aku berasa sunyi kat rumah.
Peringkat awal, memang susah juga nak sesuaikan diri. Kalau sebelum ini baju telah disedia basuh, makanan mengikut selera tapi tinggal di asrama tidak lagi. Semuanya kena buat sendiri dan perkara ini boleh menjadi pelajaran pertama untuk hidup berdikari.
Selain itu, pembelajaran lebih tersusun dan mendidik pelajar lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu pembelajaran yang di tetapkan - kelas, prep petang dan malam - pelajar memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Kalau takde, memang jangan harap la nak study dan siapkan kerja sekolah terutama orang yang malas macam aku, :D
Aku rasa juga, rata - rata individu yang pernah tinggal di asrama (termasuk aku) kurang mengalami "kejutan budaya" ketika melangkah ke alam pengajian tinggi. Kejutan ni termasuklah gaya hidup, berjauhan dengan keluarga dan lain - lain. Melainkan individu tu memang senang nak sesuaikan diri, aku tak rasa ia masalah besar.
Kelebihan lain jika tinggal di asrama ialah prestasi pembelajaran akan meningkat. Aku sendiri mengakui suasana pembelajaran yang baik, tengok orang lain pulun study, akan berasa janggal kalau tak study sama. Senang untuk mengulangkaji bersama, membuat latihan dan bersoal jawab.
Point yang terakhir ni mungkin bukan untuk semua orang, tapi bagi aku ia penting. Tinggal di asrama boleh mengurangkan kos ibubapa. Yuran hanya bayar sekali je untuk setahun dan diorang tak perlu pikir dah wang saku harian, pengangkutan dan lain - lain perbelanjaan harian. Rezeki aku, dapat biasiswa dan aku gunakan untuk membayar yuran sepenuhnya.
Jadi aku rasa ini je pengalaman yang aku nak kongsikan mengenai kelebihan tinggal di asrama berbanding sekolah harian biasa. Tajuk mungkin nampak macam debat di sekolah, atau karangan fakta tentang kelebihan dan kekurangan tinggal di asrama, tapi niat aku untuk menceritakan pengalaman.
Pelajar tidak di sarankan menyalin artikel ini, melainkan anda mengolah mengikut kesesuaian. :D Terima kasih membaca.
0 comments