Selamat Datang Ke padinno.com
Perkataan syukur terbit dari kata 'syukran' yang bermaksud ucapan terima kasih. Dari segi pengertian syukur bermaksud sesuatu tindakan, ungkapan atau niat di hati sebagai tanda berterima kasih atas nikmat Tuhan kepada kita.
Apakah nikmat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut? Sedar atau tidak, semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah nikmat. Nikmat sihat dan sakit, nikmat senang dan susah.. itu semua adalah nikmatNya yang tidak terhingga nilainya dan apakah kita masih tidak bersyukur?
Kadangkala kita lihat ada orang yang selesa dengan apa yang seadanya bagi mereka, tetapi ada juga kelompok yang seakan tidak pernah cukup akan nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Dalam diri sendiri juga kadangkala terdetik masih tidak pernah berasa puas apa yang dimiliki.
Ada yang lekas sedar akan hal tersebut dan segera bertaubat, tetapi malang bagi mereka yang hanyut mengejar kenikmatan dunia yang tiada noktahnya. Takut nanti terlalu asyik dengan nikmat itu, boleh menimbulkan sifat ego seterusnya membawa kepada kekufuran.
Kisah syukur dari sud@is
Bersyukurlah apa yang anda anda sekarang dan sentiasa berusaha untuk menjaga dan tidak salah ditulis di sini, disebut proses penambahbaikan. Bersyukur membuatkan hati kita tenang, tidak memaksakan kehendak dan mengukur baju di badan sendiri.
Bagi aku, kaedah terbaik untuk kita mudah berasa syukur ialah selalu melihat orang yang berada di bawah kita, bukan di atas. Hal ini kerana bilamana kita melihat mereka yang taraf hidupnya di bawah kita, automatik kita akan teringat dengan apa yang sudah kita miliki.
Syukurnya aku kepada Tuhan dengan kedudukan aku sekarang, yang aku tak pernah bayangkan suatu masa dahulu. Perjalanan hidup individu tidak akan pernah sama, dan aku merasai fasa - fasa genting itu, dan sampai ke hari ini aku tak akan lupakan asal usul aku.
Aku berdoa dan berharap supaya aku tak tergelincir, dan akan sentiasa memanjatkan rasa syukur dan redha dengan nikmat yang ada. Anda juga pasti begini, bukan?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments