Selamat Datang Ke padinno.com
Hari ini, kali kedua aku berada di Kelantan. Kali pertama ketika menyertai rombongan sekolah pada tahun 2000. Tapi kali ini aku hadir kerana menghadiri kursus 3D Modelling Pipeline Design yang diadakan di KKTM Pasir Mas, Kelantan.
Malam pertama di sini, boleh membayangkan apa yang akan berlaku untuk 4 malam berikutnya. Secawan kopi memang terasa amat lama untuk dihabiskan. Tidak tahu untuk berbuat apa, dan tidak tahu hendak ke mana.
Setiap tegukan mengeluarkan nostalgia atau kenangan lama yang mengasyikkan. Tak percaya? Cuba bancuh kopi sekarang dan hirup ketika ia panas. Hehee.. Itu pepatah aku sahaja, lain orang mungkin lain apa yang di rasa.
Apa yang dapat aku imbas sekarang ini ialah sewaktu aku memulakan blog ini dahulu. Memang langsung tiada pengetahuan tentang blog. Design, setting dan pelbagai lagi karenah dalam blogosphere ni.
Tetapi di sebabkan bosan dengan kerja membentuk besi di Ipoh, aku cuba mencari kelainan untuk pengisian jiwa aku ketika itu. Aku lebih banyak meluangkan masa pada cuti Sabtu dan Ahad di cybercafe, konon - konon mencari peluang pekerjaan dan sambil - sambil itu aku berjinak - jinak dengan blog.
Blog post pertama aku pada 1 September 2009, kalau tak salah aku awal Ramadhan juga rasanya. [dah delete post tu hehe]. Hari demi hari aku menambah blog post, dan adakalanya aku menyalin semula artikel yang aku terima dalam email.
Aku duduk dalam dunia aku sendiri. Rasanya dah ada blog, dan entri sudah cukup. Apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis. Tanpa menghiraukan tentang visitor, penulisan, komen dan lain - lain perkara. Hanya seronok menulis dan baca berulang kali [wakakakaa].
Bila dah bekerja dengan MARA, lagi la semangat nak menulis blog, sebab dah ada laptop sendiri. Tapi masalahnya takde perkhidmatan internet. Terpaksa la pergi kopitiam berhampiran. Semangat nak update blog la kononnya. Tapi tak lama macam tu, tak larat. Aku cari handphone yang boleh jadi modem :D
Masa tu jugak aku buka akaun facebook. Bermula dari situ barulah blog aku ada visitor. Pembacanya di kalangan kawan - kawan di universiti sahaja. Ada yang drop komen dan ada yang hantar komen guna SMS. [wakakaka].
Sampai la suatu hari, aku terjumpa dengan blog dahliajournal! [memang otai minah ni]. Dari situ lah aku selongkar semua info blogging dalam blog dia, dan lama - kelamaan aku rasa 6 bulan pertama aku blogging - nothing! 6 bulan tu...
Aku masih ingat lagi, "blogger ini dalam sebuah perkampungan. Kita baru berpindah ke tempat baru, dan kita hendaklah bertegur sapa dengan jiran kita, bertandang, bertukar pendapat. Kita akan di kenali dan orang lain akan bertandang ke tempat kita juga. Itulah blog-walking.."
Anda pula, bagaimana anda bermula? Hee..
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments