Selamat Datang Ke padinno.com
Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kita boleh manfaatkan kesihatan ini kepada pelbagai cara, terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain.
Gigi juga merupakan satu elemen yang perlu kita jaga. Gigi yang sihat dan kuat memberi banyak kepentingan kepada kita terutama untuk mengunyah dan menghancurkan makanan. Selain itu juga, gigi yang bersih dan tidak rosak menampilkan imej yang positif untuk individu.
Tidak dapat tidak, gigi kita lama - kelamaan akan mengalami kerosakan juga, tetapi kita boleh memanjangkan jangka hayat tersebut sekiranya ia di jaga dengan betul dan rapi. Antara kerosakan gigi yang biasa kita dengar adalah plak dan karang gigi.
Plak gigi ialah suatu lapisan bakteria yang nipis dan melekit serta tiada berwarna. Bakteria yang terdapat dalam plak akan bertindak dengan sisa makanan di dalam mulut, menghasilkan asid yang akan menyerang permukaan gigi dan menyebabkan kereputan gigi. Ia mungkin berpunca daripada pengambilan makanan ringan yang bergula dan kurang pengaliran air liur [1].
Karang gigi ialah plak yang telah keras, atau juga dikenali sebagai kalkulus atau tartar. Ia sering terkumpul di bahagian belakang gigi kacip di rahang bawah dan di permukaan luar gigi geraham rahang atas. Jika plak dan karang gigi ini terkumpul dengan tempoh yang lama, ia akan menyebabkan penyakit gusi, pereputan dan nafas berbau [2].
Aku sedar, semakin meningkat umur, kesihatan kita semakin berkurang termasuklah gigi. Pengambilan makanan yang berterusan akan menyebabkan proses kerosakan pada gigi kita akan menjadi lebih cepat sekiranya tidak di jaga dengan betul.
Aku sendiri dah lama tidak membuat pemeriksaan gigi. Kali terakhir sewaktu di bangku sekolah, rasanya. Hehe. Jadi, sebagai kesedaran dan langkah awal, aku pergi ke klinik pergigian dan melakukan pemeriksaan. Hanya satu gigi yang perlu di tampal. Mungkin lain kali aku nak bersihkan plak dan karang gigi pula.
Pegawai Perubatan mengesyorkan aku, kamu, kamu dan kamu juga untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang - kurangnya 6 bulan sekali. Jika di tanya, apa kepentingan penjagaan gigi? Jawapan aku, mudah. Gigi yang cantik memberikan senyuman yang menawan. :D
Rujukan : [1] www.infosihat.gov.my, [2] portal.imateradigital.com
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments