Selamat Datang Ke padinno.com
Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Johor Bahru. Seperti mana yang aku nyatakan sebelum ini, aku menghadiri kursus 3D Modelling - Piping Design di KKTM Pasir Mas, Kelantan dan kursus tersebut sempurna pada hari Khamis.
Kata orang, alang - alang berdakwat biar basah. Setelah sampai di Kelantan, apa salahnya berjumpa dengan kenalan dan ronda - ronda di sekitar. Mula - mula mati akal juga, tapi teringat seorang blogger ni menetap di Kelantan, cuba jaya sahaja mana tahu berada berhampiran.
Tehramuan, nama besar juga dalam blogging ni; merupakan individu yang aku maksudkan. Agak jauh juga kediamannya di Tumpat untuk ke Pasir Mas, tapi dengan izinNya dapat juga kami bertemu, minum satu meja. :D
Meronda - ronda sekitar Rantau Panjang sebelum singgah sebentar di kediaman dan meneruskan perjalanan ke Kota Bahru. Aku membeli baju batik sebagai kenang - kenangan berada di sana.
Apa yang aku rasakan, pertemuan sesama blogger ini melengkapkan lagi perkenalan. Bertukar - tukar pendapat secara langsung, bercerita pengalaman peribadi memang menghanyutkan masa berlalu.
Jadi, apa yang aku pernah tulis suatu masa dahulu memang ada kebenarannya. Berblog bukan sahaja untuk kita menulis, malah kita boleh bersahabat dan lain - lain perkara yang positif. Elakkan lah dari bermusuhan, sebaliknya memegang erat satu sama lain atas nama silaturrahim sesama blogger.
Pergi seminar di negeri Kelantan,
Dari JB menaiki kereta api,
Di sana berjumpa Cikgu Tehramuan,
Orangnya ramah berbudi tinggi.
Sejuk rasa air perigi,
Di cedok naik mengguna timba,
Kelak nanti berjumpa lagi,
Entah apa waktu ketika.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments