Selamat Datang Ke padinno.com
Apa yang menceriakan anda hari ini? Menerima ciuman pertama pasangan anda di waktu pagi? Atau menerima khidmat pesanan ringkas dari si dia? Atau gaji anda telah diterima untuk bulan ini? Walau apa pun perihal yang menceriakan anda, dengan harapan ia membuat anda tersenyum.
Ramai orang telah memperkatakan kehebatan senyuman ini. Faedah dan kelebihan tersenyum memang memberi manfaat kepada diri untuk lebih positif, malah juga menceriakan orang sekeliling.
Pun begitu, perlakuan ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai persepsi. Ada yang senyum sendiri mengenangkan peristiwa lalu, ada juga yang senyum untuk memotivasikan diri dan tidak kurang juga ada yang melontarkan senyuman untuk tujuan memikat :D
Antara kelebihan senyum adalah mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri. Senyum boleh mengundang ketawa, dan seterusnya mampu meredakan ketegangan dan kerunsingan. Mungkin juga, senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan sebuah ikatan.
Aku, tak pandai senyum. Hehee.. Diana paling pandai senyum barangkali :D Kalau anda memiliki lesung pipit, rajin - rajinlah senyum ya! Itu kelebihan untuk anda bertambah manis dalam senyuman.
Senyuman yang menarik adalah senyuman yang lahir dari hati. Faktanya,kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Maka, anda senyumlah.. :D
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments