Apa khabar anda hari ini? Sudahkah anda tersenyum, atau masih di selubungi dengan keresahan lampau? Apa yang aku harapkan, agar anda ceria dengan apa sahaja yang anda lakukan.
Seperti hari - hari biasa, aku meluangkan masa untuk membaca, menyingkap dan cuba menyelami perkara lain yang kawan - kawan kita (blogger) lalui. Ada yang memberikan pendapat mereka, memberi panduan dan tidak kurang juga membantu kita mengenali mereka.
Antara blog entri dan ulasan yang menarik perhatian aku minggu ini adalah kisah menjaga tepi kain orang yang dinukilkan oleh Pn. Diana, dalam entrinya Ambil Tahu Untuk Apa? Secara kebetulan beberapa hari yang lalu aku telah memperdebatkan hal ini dengan rakan sekerja aku.
Kalau di perihalkan, jelas sikap menjaga tepi kain orang ini adalah suatu perkara yang tidak perlu di lakukan, tambah pula jika ia di gunakan untuk memperlekeh, mempersenda atau apa sahaja yang menjengkelkan di mata orang lain.
Tetapi, bagi aku ia bukanlah mentah - mentah di katakan sebagai sikap keji kerana menjaga tepi kain orang ini ada juga faedah dan manfaatnya. Dari sudut pandang positif, ia adalah lebih kepada tanggungjawab sosial, yakni tanggungjawab kita kepada ahli keluarga, tanggungjawab kepada jiran, kepada rakan dan juga kepada komuniti.
Kalau kita tidak mengendahkan orang lain, ibarat seperti katak bawah tempurung, tidak tahu hal sebenar. Si A telah meninggal dunia, Si B telah melangsungkan perkahwinan, Si C telah di naikkan pangkat. Tidak mustahil orang lain tidak akan mengendahkan kita kelak, andai sakit-demam dan sebagainya.
Jadi, aku merasakan penstrukturan minda perlu supaya ia sesuai dengan keadaan - keadaan tertentu. Manusia istimewa kerana diberikan anugerah akal, yang mana kita boleh berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara. Anda bagaimana? Suka menjaga tepi kain orang? Atau menjaga dalam kain orang? miahaahaa...
0 comments