Selamat Datang Ke padinno.com
Dalam kehidupan seharian, kita sering inginkan kepelbagaian pilihan, dan pastinya menerusi kepelbagaian itu, kita akan membuat pilihan terbaik. Cuba bayangkan kalau sebuah restoran mempunyai hanya 1 menu sahaja? Bagi aku, walau sesedap mana makanan tu, lama - lama akan berasa bosan juga makanan yang sama kan?
Sama sahaja konsepnya keadaan ini dalam blogosphere. Kepelbagaian bentuk penulisan, kepelbagaian topik yang di pilih, cara penyampaian, teknik pengembangan idea, semua itu merupakan kunci utama kita dalam berblog. Mari kita bincangkan hal yang berkaitan untuk mempelbagaikan blog kita.
- Blog Entri Panjang vs Pendek - Kita tidak perlu terlalu rigid dalam membuat blog entri, dalam erti kata bilangan perenggan, bilangan baris dalam 1 perenggan dan lain - lain. Kadangkala idea yang ringkas sudah cukup untuk menerangkan mesej yang panjang
- Pelbagaikan Format - Ada yang menulis dengan kesenian, berterus terang dan kadangkala memerlukan penaakulan. Ini menjadikan ia lebih menarik dan menjadikan pembaca sering tertunggu apa pula selepas ini.
- Kembangkan Idea Penulisan - Bagi yang bermasalah untuk mengeluarkan topik baru untuk di ketengahkan, boleh juga mencuba untuk mengembangkan idea sedia ada. Seperti contoh topik kesihatan, boleh kembangkan tentang faedah, kesan, dan kaitan antara kesihatan dan bersukan.
- Pengulangan - Seperti apa yang di kata, repetition is the mother of all learning. Pengulangan dan pengembangan idea merupakan gabungan ideal dalam menghasilkan penulisan yang terbaik. Gunakan pendekatan dari sudut berbeza.
- Gunakan metafora & simile - Penggunaan metafora yang menarik dan mudah di fahami sebenarnya key point untuk kita menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan. Sebagai contoh, aku gunakan menu di restoran sebagai alang ganti kepada kandungan blog entri kita :D
Kata orang, dalam makanan, kena cukup rasa masin, manis, pedas dan lain - lain. Baru lah lengkap rasa makanan. Sama sahaja bila kita bandingkan dalam konsep berblog ni. Apa lagi perkara untuk mempelbagaikan blog kita?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments