Selamat Datang Ke padinno.com
Gangguan dalam komunikasi sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Gangguan ini sebenarnya halangan terbesar dalam kita menyampai dan memproses maklumat. Kegagalan dalam sistem komunikasi ini menyebabkan banyak perkara akan tergendala dan kadangkala merumitkan.
Jika kita lihat, senario ini berlaku di mana sahaja dan boleh berlaku dalam apa jua cara. Salah faham ketika bermain bola sepak, ketika menyampaikan arahan kepada pekerja dan perbualan menerusi telefon adalah contoh terbaik bagi menerangkan hal di atas.
Salah satu punca kegagalan komunikasi ini ialah tidak fokus atau hilang tumpuan. Sebagai contoh, ketika perbualan menerusi telefon, jika tidak fokus dan asyik membuat kerja lain, perbualan akan menjadi hambar dan tidak berkesan. Juga, ketika bermain di padang, kegagalan untuk fokus dengan isyarat rakan sepasukan akan merugikan peluang.
Antara kepentingan tumpuan dalam komunikasi ini ialah dapat mengurangkan risiko kegagalan, dan dapat mengelakkan keadaan menjadi bertambah rumit. Sekiranya pekerja tidak fokus dan hilang tumpuan semasa menerima arahan, kemungkinan besar kerja tidak dapat di lakukan dengan sempurna dan boleh jadi mengundang kecelakaan.
Selain itu, fokus juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan. Seperti yang di nyatakan dalam blog entri lalu, komunikasi berkesan dalam organisasi dapat melahirkan suasana kerja yang harmoni dan berkualiti. Keadaan sebegini memberi kesan positif baik kepada produktiviti dan juga individu.
Justeru, dalam apa jua bentuk komunikasi, kita perlu fokus dan memberi sepenuh tumpuan supaya kita tidak akan melakukan kesilapan. Baik di pejabat, sekolah, padang mahupun di ruangan sosial - internet, telefon kita perlu mengamalkan konsep komunikasi berkesan.
Aku juga kadang - kadang berasa geram kalau pelajar tidak melakukan apa yang di suruh, seolah - olah tiada arahan yang di keluarkan sebelumnya. Adakah tidak faham, atau sengaja tidak mahu mengendahkannya. Sebagai contoh, Ujian 1 akan bermula jam 2 petang, dan akan mengambil masa 1 jam sahaja. Tapi malangnya, pelajar pertama yang hadir jam 2.25 petang.
Bagi aku, arahan yang mudah untuk di fahami. Ujian akan bermula jam 2, dan akan tamat jam 3. Jika anda gagal datang pada masa yang di tetapkan, tiada istilah kejam kalau anda tidak dapat menyelesaikan semua soalan, kerana masalah itu datang dari anda. Walaupun aku masih mempunyai toleransi, tapi dalam hal - hal begini, bukan masa yang sesuai untuk memikirkan definisi toleransi.
Berbalik kepada perbincangan di atas, beri tumpuan dalam menerima arahan atau maklumat amat penting, dan ia dapat mengelakkan diri dari pelbagai masalah. Cabaran dalam mewujudkan komunikasi berkesan boleh di atasi sekiranya kita tahu apa yang perlu di lakukan. Apa kata anda? :D
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments