Selamat Datang Ke padinno.com
Versi pertama yang di tulis dalam blog ini ialah Bagaimana menjadi pelajar cemerlang, mengikut pengalaman aku sendiri. Beberapa langkah dan cara telah aku senaraikan dalam blog entri tersebut dan hasilnya, boleh tengok sendiri pada beberapa keputusan peperiksaan aku.
Bagi versi kali ini pula, aku cuba mengetengahkan tips yang digunakan oleh pelajar cemerlang SPM 2003 SMKA Sultan Azlan Shah, iaitu Dr Hafidzah.
Soalan : Boleh tolong kongsikan bagaimana untuk score dalam SPM? Terima kasih..
Jawapan : Assalamualaikum, terlebih dahulu aku nak mintak maaf bebanyak sebab tak tegur hang. Bukannya apa, muka hang tue menakutkan la, masam je. senyumlah sikit. Nanti kalau aku tegur tak kena time tak best pulak. Kita tetap kawan tapi jaranglah bercakap sebab bukan sekelas. Kalau sekelas senang hari - hari boleh bercakap @ bertegur sapa.
Berbalik kepada soalan hang yang susah tu, sebenarnya aku taklah sepandai yang hang sangkakan. Aku rasa hang lagi pandai dari aku (in certain aspect). Firstly hang nak keputusan periksa aku kali ni kan? Kali ni keputusan aku macam yang dulu - dulu tapi agak teruk sikit la iaitu 6A 3B 1D (Quran Sunnah tak dapat lagi) dan D ialah Matematik Tambahan. Aku dengar cerita keputusan hang apa kurang gempaknya, 7A kan?
Okeylah, yang kedua hang nak tahu cara aku belajar. Sebenarnya cara aku belajar lebih kurang sama dengan orang lain belajar. Tapi bagi aku, the most important thing is concentration in class dan mengulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu pelajaran dan sesudah selesai sesuatu pelajaran.
Dengan cara ini, minda hang akan dapat ingat sesuatu memori bukan saja cepat malah kekal lama. Selain tu banyakkan latihan berkaitan dengan subjek yang melibatkan pengiraan seperti Fizik, Kimia dan Matematik. Kalau macam subjek yang melibatkan pembacaan seperti Biologi, Sejarah, Syariah dan QS rajin - rajinkanlah diri hang membaca sebab hang takkan dapat jawab kalau tak baca. Percayalah!!
Aku rasa ini jelah cara - cara aku belajar. Aku yakin hang mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk periksa yang seterusnya sebab hang ni orang yang cepat pick-up (cepat tangkap) dan sekaligus dapat menunaikan hajat yang tidak kesampaian iaitu menewaskan aku.
Sebenarnya aku pun dah kehabisan idea untuk menulis. Sebelum aku akhiri warkah yang tidak seberapa ni, aku doakan hang akan berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi dalam mencapai cita - cita hang untuk menjadi seorang jurutera. Aku yakin hang mampu dapat 11A dalam SPM kelak.
Aku rasa ini first time aku berutus surat dengan hang. Tapi bagi aku, aku lebih prefer cara ni sebab aku jenis perempuan yang tak suka bersembang mahupun bergaul dengan lelaki. Okeylah aku rasa takat ni jelah yang aku nak tulis sebab waktu prep petang pun dah nak abes. Aku akhiri dengan lafaz wassalam.
Fiza Rauf, 7 Mac 2003
Note : Dr Hafidzah merupakan pelajar tunggal yang mendapat 11A dalam peperiksaan SPM 2003 untuk SMKASAS.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments