Selamat Datang Ke padinno.com
Bermula 11 Feb sehinggalah 20 Feb, aku bercuti dan menghabiskan cuti di kampung. Perancangan dalam tempoh cuti aku pun tak pasti lagi, nanti - nanti la fikir hehee.. Aku mengambil keputusan untuk bercuti panjang sebab Isnin Selasa memang dah cuti, dan aku memiliki 2 hari Cuti Tanpa Rekod, dan alang - alang aku sambung lagi cuti untuk hari Jumaat.
Aku akui masa untuk aku dengan blog dah tak sama sewaktu awal - awal aku berblogging. Hehe.. Mengimbas kembali waktu dulu, masa memang banyak aku luangkan, bila malam sahaja, melekat di hadapan laptop sampai la mata tertutup rapat.
Masa tu, blogwalking (meninggalkan jejak di Shoutmix, Cbox dll) gila - gila. Memang meriah, seronok dan menghiburkan. Bila jam 12 malam, bermula 'perang' nuff, memang bertukar - tukar pengunjung, dan tak hairan masa tu trafik boleh cecah 500 ke atas dalam sehari. Jumlah pendapatan untuk seminggu pun boleh tahan masyuk.
Lama kelamaan, aku merasakan keghairahan macam tu dah hilang. Kawan - kawan yang seiring meningkat naik masa tu dah banyak menyepi, dan mungkin ada yang meninggalkan lapangan berblogging ni. Tak di nafikan pertumbuhan blogger baru setiap hari amat menggalakkan. Tapi keseronokan dengan teman awal tu lagi best rasanya.
Banyak isu timbul sepanjang aku menceburi blogging ni, antara yang sentiasa menjadi perhatian adalah isu copy paste entri orang lain. Di tambah pula isu blogger menghentam sesama blogger, mengkritik hasil penulisan orang lain, dan yang terbaru kita dengar masalah auto-blogwalking dan juga Iframe-na!
Aku memang tak masuk campur hal - hal macam ni, dan aku seronok melihat, membaca dan menganalisis tulisan rakan - rakan mengenai masalah - masalah yang timbul. Seronok melihat jenis - jenis manusia yang ada, pemikiran, perancangan, kepintaran, sifat tamak dan sebagainya.
Zalim! Apa erti zalim? Zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada haknya! Adakah sama kes menyalahgunakan kepintaran yang ada, mempergunakan orang lain semata mata untuk kepentingan diri sendiri sesuai dikatakan zalim? Anda sendiri ada jawapannya.
Aku nak tengok apa lagi isu yang akan di perhebohkan lagi selepas ini. alangkah baiknya perkara- perkara yang baik ini di kongsikan untuk manfaat bersama, dan bukan berguna untuk kepentingan diri sahaja. Heh, entahlah kan.. Aku sendiri dah jarang dalam talian, amat sukar untuk kembali seperti dulu.
Akhir kata, bertindaklah mengikut kemampuan. Janganlah menggunakan orang lain, memperdaya, menipu dan mengeksploitasi orang lain untuk untuk kepentingan diri sendiri.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments