Selamat Datang Ke padinno.com
Februari menghampiri penghujungnya, dan kini Mac menjelang tiba. 2 bulan dalam tahun 2011, pasti sudah banyak azam baru yang terlaksana, setidak - tidaknya satu ia sedang berkembang. Bagi pelajar, mungkin ada yang berdebar menunggu keputusan peperiksaan, keputusan untuk menyambung pelajaran dan perkara lain.
Minggu ini, aku tertarik kepada 2 blog entri sahabat blogger, yang membuatkan aku terfikir sejenak. Kedua - dua blogger ini merupakan seorang ayah dan seorang lagi merupakan ibu, dan penulisan mereka membuatkan aku...... termangu.
Adakah kita hanya akan sedar dan memahami apa yang diinginkan oleh ibu dan ayah setelah kita sendiri menjadi seorang emak atau menjadi seorang bapa? Kalau begitu, kita mungkin sudah terlewat. Bukankah kita ini calon harapan keluarga? - Tehramuan
..dan juga aku terbaca blog entri ini,
Perasaan hiba dan sebak ni sebenarnya terbit dari perasaan mak tak mahu kehilangannya. Dia tak tahu tentang ini. Dia tak akan tahu…apa yang ada dipelosok hatinya seorang ibu... LagendaMahsuri
Pernahkah kita fikir, selami dan hayati perasaan ibubapa? Kalau ya, berapa kali anda memikirkannya dan apa tindakan anda? Aku amat terkesan dengan 2 entri ni, dan entri Mahsuri tu membuatkan aku terfikir, semasa aku nak masuk sekolah berasrama waktu dulu.
Selepas keputusan UPSR, aku mengambil keputusan untuk masuk ke sekolah asrama, dan masa tu Mak dan Abah aku tidak bersetuju. Masa tu aku marah (merajuk) agaknya, dan mengatakan rugi sahaja aku belajar pandai - pandai, tapi nak terperuk di sekolah biasa sahaja. Aku ada impian, dan aku mahu tinggal di asrama (pemikiran masa tu).
Dan sejak itu, aku dah tak 'melekat' di rumah. Lepas SPM, terus sambung Matrikulasi di Pulau Pinang, dan seterusnya program ijazah di Skudai. Sehingga sekarang dah berkerjaya, masih lagi di Johor. Tapi taklah sepanjang tu aku mengabaikan diorang, cuma jauh je la..
Sampai sekarang, aku tak pernah tanya kenapa mereka mulanya tidak setuju aku sekolah di asrama. Adakah mereka juga berperasaan sama macam Mahsuri dalam entrinya? Aku pun tak pasti. Wang ringgit sebenarnya bukanlah pulangan yang berbaloi untuk mereka.
Masa bersama tu lagi penting sebenarnya. Aku akui masa belajar memang jarang balik kampung, yelah cuti tak banyak, dan duit pun kadang - kadang ada, kadang tak. Heh.. Tapi sekarang aku kerap juga balik kampung, eh bukan kerap, jarang tapi sekali balik, lama aku cuti hehee..
Dan bila balik kampung, aku memang jarang keluar rumah. Selalunya, ramai yang balik kampung, pergi berjumpa kawan, sahabat handai. Tapi aku tak. Ada la sekali dua, bersosial dengan kawan lama. Bukan apa, bila sekali balik tu, memang banyak la perkara yang di bualkan, dan aku seronok macam tu.
Hehe, makbapak siapa pun, siapa yang tak suka anaknya berkumpul, dan makbapak aku tak terkecuali. Masak segala jenis masakan kegemaran, dan kuantiti banyak, kalau tak makan rasa rugi pulak dan nanti merajuk kononnya masakannya dah tak sedap! Adehh tu yang sekali balik, berat badan pun naik.
Apa pun, 2 entri ni memang memberi kesan pada aku, dan dengan kesempatan ni jugak, aku ingin menyatakan jagalah, selamilah hati mereka, dan jangan sampai terlewat. :D Kalau lah mereka nak tinggalkan kampung tu, memang aku bawa ke Johor Bahru, ekekee..
Note : Selamat Hari Jadi Mak, (28 Feb)
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments