Selamat Datang Ke padinno.com
Alhamdulillah aku selamat sampai ke Johor Bahru semula, dan kembali ke pejabat untuk bekerja seperti biasa. Bagi yang terlepas pandang atau baca, hujung minggu lalu aku menghabiskan cuti di sekitar Lembah Klang dan di turuti dengan peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam di Bangunan Sapura @ Mines pada 7 Feb 11.
Menyentuh hal peperiksaan, aku pun tak pasti, mungkin 50 - 50 untuk lulus dan gagal. Tunggu je lah keputusan yang akan di keluarkan kurang 3 bulan dari sekarang. Apa yang pasti, aku berjaya menjawab kesemua soalan, cuma betul atau tidak, mengikut spesifikasi jawapan yang di tetapkan pihak JPA.
Khabar angin tentang penyerang bolasepak prolifik negara, Mohd Safee Sali kini telah terjawab. Safee kini sah menyarung jersi kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan memakai jersi no 10. Safee mengikat kontrak setahun bersama kelab itu.
Melalui pembacaan, maklumat yang aku terima mengatakan kelab tersebut merupakan kelab tercorot di sana. Ironinya, Safee berhijrah dari pasukan terbaik liga super Malaysia ke kelab yang lebih kurang prestasinya. Tetapi aku pasti semua kriteria telah di pertimbangkan semasaknya sebelum membuat keputusan.
Memetik kata - kata Safee, ini adalah peluang. Berada pada umur 27 tahun, ini merupakan peluang terbesar dan seharusnya di rebut, lebih - lebih lagi untuk pengembangan karier. Aku percaya, Safee mampu berjaya di sana dan membantu kelab tersebut untuk berada di kelompok pasukan terbaik.
Sebagai peminat dan penyokong pasukan bolasepak Selangor, aku (dan mungkin peminat lain) akan terasa kehilangan pemain ini, namun perkara ini menjadi lumrah. Pemain akan datang dan pergi, samada mencapai prestasi atau tidak. Apa yang dapat aku perhatikan, kemasukan Safee dalam pasukan Selangor memberi impak yang cukup baik.
Apa pun, aku mengucapkan selamat maju jaya buat Safee Sali dengan kelab barunya, Pelita Jaya. Apa yang aku lihat, melalui perpindahan ini, ada 2 perkara yang perlu kita pelajari iaitu kebolehan membuat keputusan dan merebut peluang yang telah di berikan.
Keputusan di tangan kita, dan kita perlu membuat pilihan yang terbaik yang dapat di jangkakan. Gagal membuat pilihan sebenarnya menggambarkan kita sebagai orang yang tidak berkeupayaan, dan membuka ruang untuk diri di perkotak katikkan. Justeru, sebelum membuat pilihan, tanyalah pada yang berpengalaman, yang lebih arif sedikit sebanyak boleh membantu kita membuat keputusan.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments