Selamat Datang Ke padinno.com
Setiap manusia di ciptakan dengan pelbagai variasi. Ada yang pendek, tinggi, kurus, gemuk dan pelbagai bentuk fizikal lain yang biasa kita temui. Sama halnya dengan sifat, perwatakan dan kemahiran setiap individu. Ia hadir dalam pelbagai bentuk yang berbeza, dan kadangkala seperti yang bukan kita jangkakan.
Aku sedar, dalam diri sendiri juga, ada beberapa perkara yang boleh aku banggakan, tetapi aku sedar juga masih sama seperti manusia lain, banyak kekurangan dan kelemahan, dan tidak menolak kemungkinan terlalu banyak lagi kelemahan yang aku belum sedar. Antara yang paling ketara adalah kegusaran berada di tempat tinggi.
Aku akui, memang gayat bila berada di tempat tinggi. Tambah pula berada di tempat yang agak kurang keselesaan dan tiada keselamatan, memang bergetar lutut dan berdegup kencang jantung. Tapi, dalam apa jua keadaan, terdesak dan sangat memerlukan, aku terpaksa lalui juga, memanglah masa menghadapi tu rasa itu yang kali terkahir, tapi bila dah lepas, rasa nak mencuba lagi :D
Tempat tinggi yang aku paling gayat ketika menaiki kereta kabel, ke Genting Highland dan merentasi Pulau Sentosa ke ViVo City di Singapura. Perjalanan yang amat mengerikan (aku rasa) melintasi laut biru, dan hanya berpegang pada satu ikatan yang entah tahun bila di pasang.. Pheww
Pengalaman 'rock climbing' juga amat terkesan dalam hati. Bukan sahaja memerlukan daya fizikal yang mencukupi, malah juga persediaan mental yang tinggi. Bila melepasi beberapa bahagian, apabila menoleh ke bawah, memang seram sejuk je rasa. Tetapi Alhamdulillah aku berjaya juga melawan perasaan tu dan meneruskan 'pendakian'.
Bukan sahaja melakukan aktiviti seperti itu, malah menaiki tangga pun aku dah rasa bergegar jantung. Entah kenapa, tapi aku memang gayat tempat tinggi! Kebetulan, masa berada di kampung tempoh hari, keluarga sedang bergotong royong untuk membaiki atap rumah, dan aku terpaksa naik ke atas untuk membantu.
Malangnya, kerana tahap gayat yang tinggi, aku tak dapat fokus untuk membuat kerja dengan baik, dan tambah malang terketuk jari sendiri ketika memaku kayu alang. Aku memang tabik betul la orang - orang yang bekerja di tapak pembinaan, yang kadang - kadang berada betul - betul seperti yang di umpamakan seperti telur di hujung tanduk.
Aku tabik juga pada Abah aku, sebab dalam 62 tahun hidupnya, lebih kurang 40 tahun lebih bergelumang dalam kerja - kerja pembinaan, memang tiada rasa gayat langsung. Steady je kerja, adehh... padahal kalau di ikutkan, bentuk fizikalnya lebih besar berbanding aku ekekee..
Apa pun, aku merasakan semua ini adalah cabaran, dan cabaran ini yang membuatkan diri kita sebenarnya boleh - jika ada kemahuan dan unsur paksaan wakakaa.. Kita terpaksa hadapi untuk maju ke hadapan. Jika itu sahaja pilihan yang ada, maka mahu atau tidak terpaksa kita hadapi.
Sama halnya dalam kehidupan. Walaupun kita sedar kelemahan kita, bak kata orang ukur baju di badan sendiri, tapi apa salahnya kita mencuba terlebih dahulu dan jangan terlalu awal berputus asa. Kebolehan melawan kelemahan adalah perkara yang terbaik, daripada membiarkan kelemahan itu membinasakan diri kita.
Akhir kata, aku akui memang gayat bila berada di tempat tinggi, tapi aku seronok melakukannya, terutama menaiki kereta kabel ke Genting Highland, sebab di atas sana, terdapat pelbagai keriangan, yang boleh melupakan seketika perasaan gayat semasa menaiki dan turun nanti hehee.. Apa kata anda?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments