Selamat Datang Ke padinno.com
Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan sesi 2011, baik sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institut pengajian tinggi memulakan sesi pembelajaran. Mungkin, pelajar kanan atau pun pengajar sendiri masih dalam mood bercuti dan hanya menyediakan kelengkapan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.
Menarik untuk di kongsikan apabila pelajar tahun satu mendaftar untuk sesi persekolahan pertama. Memang banyak ragam. Bagi yang pernah menghadiri kelas pra-sekolah mungkin tidak mengalami banyak masalah, sudah mengenali rakan sebaya dan mengetahui suasana pembelajaran.
Bagi yang pertama kali, mungkin ibubapa mengalami sedikit kesusahan, di mana anak kecil tidak biasa di tinggalkan, dan ada juga yang mudah selesa dengan keadaan baru. Segala kelengkapan telah di sediakan, dengan pakaian baru, begsekolah, peralatan menulis dan juga buku.
Hari ini juga, merupakan hari pertama anak buah sulung aku mendaftar untuk tahun satu. Keterujaan untuk bersekolah memang jelas dalam fikiran anak kecil ini. Apa tidaknya, ketika bercuti di kampung, puas sangat dia mengatakan dia akan bersekolah dan berharap aku juga akan hadir sama pada hari pertamanya.
Apa pun, aku menjelaskan, aku tidak dapat berkongsi pengalaman itu kerana aku juga perlu untuk menyambut kehadiran pelajar - pelajar aku sendiri, dan perlu menyelesaikan beberapa tugas untuk sesi baru ini. Namun, kakak aku yang kedua dan ketiga masih dapat bersamanya, sekurang - kurangnya dapat menceriakan anak kecil ini.
Darwisya Husna merupakan anak buah sulung aku, dan kini berusia 7 tahun, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Seperti yang aku pernah jelaskan pada awal blog ini, ibunya telah meninggal dunia pada dia berusia 5 tahun. Mungkin, berlainan dengan kanak - kanak lain yang mendaftar bersama ibu bapa, tapi dia hanya bertemankan ayahnya dan ibu saudaranya.
Melihat gambar ini, saling tak tumpah dengan arwah ibunya. Malangnya, aku tidak mempunyai simpanan gambar arwah ketika bersekolah di tahun satu. Dengan pesanan ringkas semasa menghubunginya, dia mengatakan "Bila Ucu nak datang sekolah akak (membahasakan dirinya)?".. Pening juga nak mencari jawapan hahaa..
Apa pun, aku berharap Husna akan dapat belajar dengan baik di sekolah, selesa dan mudah mencari kenalan baru kerana aku di maklumkan rata- rata rakan sebayanya adalah rakan baru. Hehee.. Dah besar dah budak ni, masa kecil dulu selalu juga aku "smackdown" dia, miahahaa..
Terkenang masa aku mendaftar tahun satu dulu, hari kedua dan seterusnya, sehingga 2 minggu, aku tidak ke sekolah, kerana aku merasakan sekolah ini tidak seronok, dan cikgu garang - garang. Tambah pula, aku malas bangun awal pagi, menunggu bas sekolah yang datang jam 6 pagi. Setelah di marah oleh mak dan kakak, akhirnya aku bersetuju untuk meneruskan persekolahan.
Kenangan - kenangan seperti ini memang susah untuk di lupa. Apa pun, aku senyum sendiri juga, apa akan jadi kalau aku tetap berdegil tidak mahu meneruskan persekolahan, hehee.. Bagi adik - adik, ingatlah satu perkara. Menuntut ilmu itu tiada ruginya, malah orang dan agama kita sendiri memandang tinggi pada orang yang berilmu.
Pengalaman anda?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments