Selamat Datang Ke padinno.com
Selamat Tahun Baru 2011. Dunia menyambut 2011 dengan kegembiraan. Pelbagai agenda mungkin telah di rancang untuk pengisian 2011, samada individu atau organisasi (di sebut organisasi). Perancangan ini pastinya di buat untuk program penambahbaikan atau pembangunan organisasi itu sendiri.
Persoalan yang sering bermain di fikiran, apabila tahun menginjak ke usia baru, pastinya penyediaan rancangan atau rangka-kerja juga akan di buat. Ia merupakan fokus untuk organisasi menetapkan had sasaran, pencapaian dan pembangunan.
Pembangunan ini memerlukan perubahan. Perubahan dari segi sikap, cara kerja, pemikiran, teknik promosi dan apa sahaja, amat penting sebenarnya untuk kekal relevan. Bagi organisasi yang telah lama membangun ( 20 tahun lalu), adakah akan kekal relevan dengan pembangunan masakini, dari segi promosi, produk, perkhidmatan? Umum mengetahui, perkembangan pesat dunia global memungkinkan organisasi lama akan berkubur jika tidak melakukan pembaharuan.
Contoh yang hampir dengan kita, Maggi. Siapa yang tidak tahu Maggi? Samada perasan, sedar atau tidak, kita selalu menyebut mahu makan Maggi, mahu beli Maggi. Sedangkan Maggi itu hanyalah salah satu jenama bagi produk mee segera. Itu menunjukkan pengaruh promosi, keunikan dan organisasi ini sentiasa relevan.
Kalau di lihat di kedai - kedai atau pasaraya, perlambakan jenama mee segera boleh di dapati, tapi kenapa kita asyik menyebut Maggi? Sama keadaan seperti racun serangga Ridsect, pencuci anti -klorin Clorox, ubat gigi Colgate dan lain - lain. Sebenarnya, mereka telah melakukan pelbagai perubahan, penjenamaan dan promosi yang berterusan untuk terus kekal relevan dan menjadi pilihan pengguna.
Sama halnya dengan individu. Kita perlu berubah untuk kekal relevan. Jika umur telah menginjak angka 20, kita perlu berkelakuan seperti berumur 20, dan tinggalkan umur 19 tahun anda..dan begitulah seterusnya. Jika anda sudah bersuami, atau beristeri, gambarkanlah seperti anda sudah memilikinya. Jika sudah mempunyai anak, jangan pula diri masih seperti keanak anakan lagi.
Jika kita sudah bekerjaya, tinggalkan cara kita yang biasa kita lakukan di masa belajar. Aku pun masih berusaha untuk menukar gaya hidup kepada seorang yang sudah bekerjaya, tapi tu lah, masih dalam peringkat pengubahsuaian. Bukan apa, untuk kekal relevan! hahaa..
Sedikit menyentuh hal blog, kita juga perlu lakukan perubahan untuk kekal relevan. Adakah selamanya kita mahu menyalin artikel orang lain untuk di tampal di blog sendiri? Adakah selamanya kita perlu untuk membanding - bandingkan kredibiliti seorang blogger? ..dan lain - lain. Penjenamaan, promosi dan keunikan dapat membantu.
Bagi blog ini, mungkin tiada perubahan besar, dan sampai satu masa bila aku sendiri menganggap blog ini sudah tidak relevan, baru aku akan lakukan perubahan. Komen anda?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments