Selamat Datang Ke padinno.com
Zaman kanak - kanak memang sukar di lupakan. Tatkala melihat gelagat kanak - kanak masakini, mungkin banyak perbezaan, tapi suasana dan ragam mereka menggamit kenangan masa lalu, yang menjadi memori indah sampai bila - bila. Mungkin lebih terkesan jika pengalaman itu di rakamkan dalam bentuk gambar.
Apa yang aku perhati dan simpulkan secara kasar, pendedahan awal mungkin menjadi panduan dalam penentuan minat dan kemahiran mereka. Samada setuju atau tidak, suka aku menyatakan ini hanya pemerhatian peribadi, dan tidak mengatakan ini adalah fakta.
Melihat beberapa senario, ia berkaitan dengan keadaan semasa dan cara pengendalian pemikiran kanak - kanak itu sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan dalam blog entri kali ini, berdasarkan pengalaman aku di waktu kanak - kanak, dan kesannya sehingga kini.
Aku suka membaca komik kungfu Hong Kong (telah di alih bahasa dalam Bahasa Malaysia). Mungkin rakan sebaya masa ini ada yang minat sama, atau tertumpu kepada Doraemon, Mutiara Naga, Ultraman dan lain - lain. Aku pun minat juga, tapi bertukar - tukar la dengan kawan, tak perlu nak buat koleksi untuk kesemua jenis buku.
Buku yang aku maksudkan ialah bertajuk Lingkaran Terkunci. mengisahkan tentang konflik beberapa nama besar dalam penentuan ketuanan dalam Wilayah Tibet, suatu masa dahulu. Tapi, aku tidak dapat mengikuti sambungan kisah ini kerana koleksi aku hanya sehingga Bilangan 99, di mana Bilangan 100 telah di tukar kepada cerita lain. Pelik? Aku pun pelik.
Antara watak kartun yang paling aku gemari, ialah semestinya hero, Si Montok (Wong Ling), seorang remaja yang tabah, berani dan setia dalam meneruskan perjuangan ayahnya, Pendekar Wong. Dan juga, watak penjahat paling kejam yang cool, Pendekar Kebal. Perencanaan cerita ini sangat menarik, menjadikan aku sanggup berlapar di sekolah, demi menyimpan sedikit duit untuk membeli buku ini, yang di terbitkan 2 kali sebulan.
Karakter pahlawan - pahlawan dalam komik tersebut secara tidak langsung mendorong aku untuk turut serta menjadi pahlawan juga. Kain di ikat di kepala, di lilit di pinggang, dan meminta mak aku untuk menjahitkan persalinan seperti Pendekar Kebal. Sayangnya, tak dapat nak di abadikan dalam bentuk gambar.
Dan, pernah juga aku meminta abah aku untuk membeli kasut getah, semata - mata mahu seperti Si Montok semasa berumur 7 tahun. Puas mencari, tiada saiz yang sesuai, maka pulang dengan hampa. Apa yang ada, aku belasah je kasut orang tua tu, he he he..
Dan kesannya hingga kini, Tony Wong merupakan inspirasi aku dalam melukis manusia. Lukisannya memang cantik, pergerakan sewaktu berlawan, dan permandangan. Dari masa ke masa, aku menjadikan lukisannya sebagai panduan untuk melukis manusia, dengan pergerakan dan keadaan yang betul dan sempurna.
Secara peribadi, minat melukis di inspirasikan melalui komik ini, dan berkali - kali melakukan percubaan, akhirnya kini aku boleh melukis karakter sendiri tanpa terikut - ikut dengan watak Tony Wong. Nak lawan sifu, memang takde peluang, tapi sekurang - kurangnya, nak bagi yang tersayang senyum, kira bolehlah, hee..
Jadi, apa yang dapat di simpulkan, pendedahan kepada sesuatu perkara, selain dapat mendorong minat, ia juga dapat membentuk kemahiran seseorang.
Note : Wachak, tak dapat nak join bloglarian, berjalan pun semput ni hehee..
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments