Selamat Datang Ke padinno.com
Seringkali kita dengar bual bicara baik di kedai kopi, pusat membeli belah, dan tidak kurang juga di beranda rumah, mereka membicarakan tentang kualiti. Kualiti sehelai baju, sepasang kasut, atau rancangan di televisyen. Masing - masing punya idea sendiri menyatakan sejauh mana berkualitinya barangan atau perkhidmatan tersebut.
Apakah definisi kualiti? Menurut MS ISO 9000, definisi kualiti ialah keseluruhan ciri - ciri sesuatu entiti (produk atau perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang di nyatakan dan yang tersirat.
Jelas, di nyatakan melalui definisi tersebut bahawa produk atau perkhidmatan yang berkualiti adalah yang mana dapat memenuhi kehendak pelanggan. Itu yang menjadikan ia lebih menarik. Perbezaan kehendak dan citarasa pelanggan yang pelbagai menyediakan laluan mudah bagi sesebuah organisasi/penyedia perkhidmatan untuk lebih maju dan mencapai sasaran kualiti.
Penyediaan produk atau perkhidmatan yang bermutu selain teknik penjenamaan di lihat mampu mewujudkan situasi menang - menang (win - win situation). Contoh yang hampir dengan kita, penjualan produk makanan. Penjenamaan seperti KFC, Pizza Hut (sekadar contoh) sama padan dengan kualiti makanan yang di sediakan.
"Sedap hingga menjilat jari" seperti sebati dengan penggemar KFC, terutama kanak - kanak. Produk tersebut sedap sehinggakan baki yang berada di jari juga turut di jilat. Itu menandakan promosi serta kualiti produk yang di sediakan adalah setara. Jika kita lihat, pernahkah pengunjung berkurangan di tempat - tempat seperti ini?
Bagaimana pula dengan kedai kecil di tepi jalan yang turut menyediakan produk makanan? Adakah perlu mengiklankan atau menjenamakan produknya, yang kadang - kadang laku dan kadangkala tidak? Jawapan aku, mudah. Perbaiki kualiti.
Bagi aku, kalau makanan, rasa adalah yang paling utama. Tentang harga dan kuantiti, itu perkara kedua. Konsepnya mudah, jika makanan sedap, dalam erti kata berkualiti, pengunjung akan datang, datang dan datang lagi. Seperti kata orang, mulut manusia ni tak dapat di tutup. Mungkin, dari sudut positif, mereka akan menceritakan kesedapan makanan tersebut pada rakan lain, secara tidak langsung mempromosikan produk tersebut.
Apa yang aku cuba kaitkan kualiti dengan blog entri kali ini, ada suatu kedai makan kecil di tepi jalan, bersebelahan stesen minyak Petronas, di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Pada awalnya, aku perhatikan kedai tu memang agak tersorok, dan kurang pengunjung. Tetapi dari hari ke hari, aku tengok makin ramai pengunjungnya.
Pohon kayu reput yang di jadikan tempat duduk pelanggan kini dah bertukar kepada kerusi dan meja yang lebih baik. 2 biji khemah di sediakan untuk pelanggan yang makan di situ. Selain menyediakan Nasi Ambang, peniaga tersebut menyediakan cendol. Kombinasi yang menarik aku rasa. Kini, aku rasa makcik tu dah berjaya.
Aku juga merupakan seorang pelanggannya. Dalam seminggu, boleh kata 2 atau 3 hari akan makan tengahari di situ. Di sebabkan pelanggan yang kian bertambah, aku akan keluar awal, sekitar 12:30 tengah hari untuk mengelakkan menunggu terlalu lama. Apa yang boleh aku simpulkan, kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan merupakan kunci untuk menarik pengunjung.
Note : Boleh aplikasikan juga dalam berblogging nih
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments