Selamat Datang Ke padinno.com
Belum terlambat rasanya, dan memang pada waktu ini, aku percaya, rakyat Malaysia sedang meraikan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki 2010, dengan aggregat kemenangan 4 -2 ke atas pasukan bolasepak Indonesia. Sekalung tahniah untuk semua pemain dan pihak yang terlibat atas kejayaan tersebut.
Pastinya kemenangan ini menutup tirai 2010 dengan kegemilangan. Berbaki 2 hari saja lagi, mungkin ada di antara kita masih berkejar - kejar untuk mencapai azam yang belum tertunai, atau mungkin juga ada yang sudah mula memikirkan untuk perancangan bagi tahun 2011.
2010 bagi aku merupakan tahun yang baik juga, sebagai tahun pertama aku di dalam kerjaya. Kalau di imbas, aku memulakan perkhidmatan pada 2 November 2009, tapi aku memulakan pengajaran pada Januari 2010. Pengalaman yang berbeza, dan aku mula merasa seronok dan selesa bekerja macam ni.
Soal azam, aku pun tidak pasti samada aku memasang azam khusus untuk di laksanakan pada tahun 2010, cuma yang pasti aku hanya meletakkan sasaran untuk di sahkan jawatan dalam tempoh 2 tahun. Mungkin tahun depan, dah boleh rasanya.
Bercerita mengenai kerjaya, seperti yang aku nyatakan di awal tadi, aku makin selesa dengan suasana, cara kerja dan komunikasi antara pekerja yang lain. Sikap tolong menolong, hormat dan peka kepada situasi amat jelas di sini, dan aku amat menyukainya. tentang bebanan kerja, memang tidak dapat di elakkan, tapi jika kita tahu teknik untuk mengatasinya, bebanan bukan masalah lagi.
Soal teman hidup, entahlah.. tidak di nafikan, memang ramai kawan - kawan baik dari sekolah rendah, menengah dan universiti dah melangsungkan perkahwinan. Tahun ini sahaja mungkin dalam 30 jemputan. hehe soal jodoh ni, memang unik. Kalau tiada jodoh tu, usaha macamana pun pasti menemui kegagalan, tapi jika jodohnya benar, hari ini berkenalan esok masuk meminang pun boleh..
Jadinya, aku hanya menjelaskan, di sini, aku tiada azam khusus yang perlu aku laksanakan untuk tahun hadapan, mungkin memiliki kereta, bertunang, atau kedua - duanya sekali, hehee.. Tapi tu pun dah hujung tahun 2011 agaknya, duit simpanan pun belum berat lagi keh3.. Ada sesiapa yang nak tolong penuhkan tabung ke?
Oh ya, sebelum terlupa, pasal blog ni, tiada perubahan besar yang aku lakukan. aku mengurangkan 1 blog entri dalam laman utama, menjadikan 2 blog entri sahaja di paparan laman utama, dan aku telah menyusun semula semua pautan blogger ke pages yang lebih spesifik. Dan penggunaan autoslide yang lebih comel dengan penggunaan icon, miahahaaa.. konon comel la sangat..
Untuk entri tahun depan, aku merangkakan 5 topik utama yang akan aku rotate, 3 kali dalam sebulan iaitu, 1. Kerjaya 2. Pendapat/Isu 3. Kenangan 4. Blogging dan 5. tips/petua. Semoga terlaksana, itu pun kalau takde aral melintang. Bertukar ke wordpress? Entahlah, sebarang cadangan?
Ok lah aku rasa sampai di sini saja. Sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan Selamat Hari UlangTahun ke 21 buat cikbelog, pada 31 Disember 2010 ini. Semoga ceria selalu.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments