Selamat Datang Ke padinno.com
Pertambahan bilangan penulis, dalam erti kata mudah, blogger di Malaysia masakini menunjukkan perkembangan positif, menarik minat untuk menulis, membaca dan belajar (satu perkara yang mungkin menjadi masalah bagi sesetengah orang).
Kalaulah guru yang mengajar kita subjek Penulisan dahulu terbaca penulisan kita, adakah kita mahu dia tersenyum, atau menyorokkan muka di sebalik bantal tanda malu? Secara sedar, sengaja atau tidak, bentuk penyampaian dan penulisan kita sedikit sebanyak mencerminkan diri kita sendiri juga.
Pun begitu, bukanlah keperibadian yang ingin aku ketengahkan, cuma sekadar berkongsi bagaimana ingin meraih pelawat, atau pembaca supaya membaca penulisan kita. Sebelum bergerak lebih jauh, ingin aku tegaskan, ini hanya pendapat peribadi, maka ketidak-sehaluan pendapat mungkin timbul.
Kalau penulis menulis blog hanya untuk tujuan impression, tingkatkan pageviews, dan mengejar duit, aku rasa, ia takkan ke mana. Tapi, terpulanglah, tafsiran untuk kejayaan sesuatu blog itu adalah perkara subjektif, dan sukar untuk menggunakan satu definisi yang tepat.
Baik. Secara umum, kita menulis untuk orang lain membaca, mengambil intipati atau menjadikan teladan berdasarkan cerita yang kita garap. Tetapi, bagaimana kaedah yang berkesan untuk meraih pembaca? Okey, di sini aku sertakan serba sedikit mengikut pandangan aku.
- Tajuk Menarik
Tajuk mestilah unik dan menarik, seolah - olah memanggil pelawat membaca isi kandungannya. Apa yang aku lihat dan perhatikan, tajuk yang gerenti meletup adalah berkaitan earning, tips jana trafik, gosip, dan tak ketinggalan, tajuk berunsur lucah.
Jangan anggap aku mengajar supaya kita menulis entri yang tersebut di atas setiap hari, tapi apa yang aku cuba terangkan, kita kena faham dan tangkap minat pembaca. Nanti blog kita di cop sebagai blog tips jana trafik pula, tak pun blog tunjuk data pengiklan je..~sighhhh
- Penulisan Bersahaja
Kadang - kadang, bila terlalu serius menulis pun, orang meluat nak baca. Juga, menulis ala kadar, seakan kita mempermainkan bahasa kita, yang perlu kita jaga. Jadi, lebih mudah aku katakan, guna bahasa yang bersahaja, tidak terlalu berat, dan tidak juga terlalu keanak - anakan.
Sebab, kita menulis, kita tidak tahu siapa dan golongan mana yang membaca. Mungkin, golongan dewasa agak sukar menerima gaya bahasa remaja, dan begitulah sebaliknya. Adalah lebih baik kita bersederhana dalam setiap perkara.
- Intipati dan Pengajaran
Ini aku pun tak pasti samada perlu atau tidak, tapi bagi aku, setiap penulisan biarlah sekurang - kurangnya ada intipati yang boleh di gunakan sebagai pengajaran kelak. Contohnya, kita menulis tentang tips menghadiri temuduga, kalau boleh terapkan juga perkara yang salah kita lakukan, agar orang lain yang membaca akan berhati - hati supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Nah, di samping memberi pengajaran, orang akan ingat penulisan kita sampai bila - bila, dan mungkin akan memberitahu rakan lain yang akan menghadiri temuduga. Itulah yang di katakan perkongsian.
- Gambar
Kalau entri kita terlalu panjang, molek benar kalau kita sertakan gambar. Sekurang - kurangnya dapat merehatkan otak pembaca sekejap. Letakkan gambar yang berkaitan, atau mungkin gambar lain yang di rasakan sesuai, seperti gambar lucu, gambar permandangan atau gambar perempuan idaman, miahahaa melampau dah tu kan.
Aku rasa 4 elemen yang aku nyatakan di atas, sedikit sebanyak dapat membantu meraih pelawat menerusi gaya penulisan. Tak perlu popular, tak perlu 24 jam dalam talian, semata - mata meraih impression yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan blog, kalau kita tahu apa sebenarnya yang kita cari.
Aku harap penerangan aku jelas. Sekurang - kurangnya, membantu mana yang boleh. Kadang - kadang kasihan, blogger yang punya beribu follower, beribu pelawat dalam sehari, tapi masih terkial - kial mencari kepuasan berblog. Padinno.com hanya menerima purata 60 pelawat sehari, tapi aku merasa puas. Kenapa? Jawapannya, ada dalam entri ini.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments