Selamat Datang Ke padinno.com
Susahnya nak mulakan sesuatu blog entry. Adakala idea bercampur - campur, dan adakala idea langsung tak keluar. Termenung sambil menghirup kopi pekat yang masih berasap, menekan - nekan bebutang papan kekunci, cuba untuk menggabungkan huruf demi huruf, dengan penuh harap menghasilkan madah yang bermakna.
Kadangkala ia lancar seperti air, tapi ada masa tersekat seperti di rintang oleh bebanan yang kasar. Tidak percaya. Kurang yakin, kata - kata yang di garap tidak di terima, atau tersasar jauh dari idea asal. Sampai di sini, sekurang - kurangnya aku dah menulis 2 perenggan, yang mengandungi 84 patah perkataan.
Nah, kenapa kita sering tidak percaya sebelum berjaya? Sebaliknya, kita hanya percaya setelah kita berjaya melakukannya. Memetik dari artikel Eyman Hykal,
"..jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya?.." baca lagi
Aku setuju sangat apa yang di perjelaskan oleh saudara Eyman. Kita selalunya percaya kehebatan diri setelah perkara itu kita lakukan. Kenapa tidak kita percaya sebelum ia terjadi.
Sebagai contoh la, aku sendiri tidak yakin blog header aku di atas sana boleh terpilih sebagai "Header Tercantik" semasa aku menyertai peraduan yang di anjurkan oleh alienelliz. Tapi, bila di umumkan sebagai pemenang, baru aku percaya. Kurang keyakinan betul, huhu..
Secara jujur, pada awalnya, aku rasa memang tiada harapan untuk menang. Masih ramai lagi yang aku tengok, lebih cantik dan kemas, sampailah di hari pengumuman, blog header aku di pilih sebagai yang tercantik, hee terima kasih Ell (dan juri lain). Ekekee..
Jadi, setelah membaca artikel saudara Eyman, dan di tambah motivasi kemenangan dari Ell, aku rasa aku patut ubah cara pemikiran aku. Ubah supaya cuba percaya sebelum berjaya. Eh, bukan aku sorang je tau, korang pun kena ubah jugak. Hehee..
Bukan apa, entry ini di tulis sebagai menaikkan semangat korang untuk join "Lukisan Wang" yang hampir tamat ni. Dengan hadiah kemenangan yang agak lumayan juga, RM400, kenapa tidak korang semua percaya sebelum berjaya?
Rasionalnya aku mengadakan "Lukisan Wang" ini bukan sekadar sertai peraduan, tapi cuba untuk membangkitkan semangat menghadapi cabaran, belajar perkara baru, dan mencungkil bakat anda yang mungkin anda tidak sedari. Hehee dari awal tadi takde idea, tapi ni dah panjang meleret dah aku tulis. You see? sikap percaya setelah berjaya masih menebal dalam diri aku, huu..
Oklah, setakat ini sahaja. Kepada yang dah menyertai "Lukisan Wang", aku ucapkan terima kasih. Kepada yang belum join, jom join. Hahaha.. Aku teringat suatu petikan, "Kalau semalam kita gagal mengimbangkan basikal, hari ini masih gagal, adakah hari esok juga kita akan gagal?"
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments