Selamat Datang Ke padinno.com
Alhamdulillah, sempurna sudah Majlis Hari Inovasi, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru 2010, yang telah di sempurnakan oleh Tn Hj Rosdi Hj Ismail, Pengarah Kanan (Komersial) MARA.
Bercerita mengenai Hari Inovasi (yang dulunya di sebut Hari Kualiti), memang tidak dapat tidak di kaitkan dengan pekerjaan kita, menilai prestasi dan tahap kualiti output kita kepada diri, organisasi dan masyarakat. Antara input yang dapat aku senaraikan semasa Ceramah Q tadi ialah,
4 syarat pekerjaan kita di terima sebagai ibadah :
[1] Islam - sebagai umat Islam, kita hendaklah percaya yang setiap pekerjaan kita, setiap perlakuan merupakan ibadah, dan segala ibadah di janjikan ganjaran pahala, baik di dunia atau akhirat kelak
[2] Niat - Memperbetulkan niat bekerja. Hindari membuat kerja dalam keadaan terpaksa, ataupun sekadar menunjuk - nunjuk. Ikhlaskan diri, agar kerja yan baik dapat di laksanakan
[3] Kerja yang halal - Matlamat tidak menghalalkan cara. Cari lah sumber rezeki atau pekerjaan yang halal dan mengikut syariat Islam, mudah - mudahan mendapat rahmat dariNya
[4] Bertanggungjawab - melakukan kerja dengan penuh etika, bertanggungjawab dan amanah.
Sekiranya 4 perkara ini kita penuhi, insyaAllah kualiti kerja juga akan menjadi lebih baik. Selain mendapat pengiktirafan, kita juga berpeluang mendapat ganjaran ibadah seperti yang di janjikan. Perlu di ingat, kita membuat kerja bukan untuk mendapat balasan, tetapi kita membuat kerja untuk kita memakmurkan bumi ini.
Kesimpulan dari ceramah tersebut, peningkatan prestasi kerja atau jaminan kualiti kerja bermula dengan hati yang suci dan bersih, serta niat yang baik. Bagi aku, isi penyampaian ceramah tersebut mengingatkan aku juga, bahawa untuk menjadi pekerja yang baik, perlu rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Harap - harap, isi penting yang sempat aku ambil perhatian tadi (sebelum mata mula mengantuk) dapat kita renungkan dan cuba menjadi yang terbaik di masa akan datang.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments