Selamat Datang Ke padinno.com
Biasanya, kita akan berasa sukar untuk melukis manusia, terutamanya bahagian muka. Mungkin, ketaksamaan imej lukisan menyebabkan perkara ini berlaku. Sebenarnya, orang yang boleh melukis pun belum tentu dapat menyempurnakan rupa paras manusia sebenar. Ini bukan disebabkan kesukaran melukis, tapi kesukaran dalam melukis kesamaan, atau lebih mudah di sebut mirip.
Melukis rupa manusia tanpa merujuk kepada mana - mana individu adalah lebih mudah, tapi mula merasa kesukaran jika di minta untuk melukis mengikut individu sebenar. Aku tak cakap tak boleh sama, cuma sukar prosesnya.
Pandangan aku, siapa yang pandai menggabungkan elemen seperti proportion, perspektif, teknik bayang dan kontur, mungkin mampu menghasilkan lukisan yang baik. Aku sendiri masih terkial - kial dalam penguasaan elemen - elemen ini.
Melukis muka manusia, bolehlah di pecahkan kepada 3 kategori utama, iaitu profile, straight-on dan three-quarters. Apakah yang di maksudkan dengan ketiga- tiga kategori ni? Profile ialah apabila muka (subjek) melihat ke kiri atau kanan, di mana hanya sebelah sahaja bahagian muka yang akan kelihatan.
Straight-on pula apabila subjek memandang ke hadapan, di mana penggunaan simetri dalam membentuk subjek adalah perkara terpenting. Gagal mematuhi konsep simetri, akan menjadikan lukisan seperti pelik, janggal dan kurang tepat. Three-quarters pula merupakan gabungan antara profile dan straight-on.
Berikut merupakan beberapa contoh, bagi mengilustrasikan keterangan di atas.
Aku sendiri masih gagal untuk melukis subjek muka, yang bertepatan dengan individu sebenar. Anda boleh nilaikan lukisan aku dalam entri ini. Cuma, yang hampir - hampir tepat, mungkin, dengan penghasilan lukisan ini, dan lakaran ini boleh juga di sebut sebagai karikatur, dan bukan sebagai potret.
Aku rasa setakat ini sahaja teknik untuk mula melukis muka manusia. Aku akan teruskan nanti dengan teknik dan cara untuk melukis bahagian badan manusia, serta pergerakan - pergerakan normal manusia. Tu pun kalau ada masa lah.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments