Selamat Datang Ke padinno.com
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Penggunaan peribahasa ini menambahkan lagi kemanisan dalam berbicara, tak kira dalam bentuk pujian, makian atau sindiran halus. "Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya" merupakan salah satu dari peribahasa tersebut.
Maksud peribahasa itu bolehlah merujuk kepada pengalaman seseorang dalam menilai sesuatu perkara. Keputusan atau pandangan di buat melalui pengalaman samada sendiri atau pengalaman orang lain.
Hal ini selalu kita boleh kaitkan dalam kehidupan seharian. Selalunya, dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa banyak memainkan peranan dalam membentuk, menasihat atau memberi pendapat tentang anak - anak mereka.
Perkara yang aku selalu nampak, bila mana anak - anak menyuarakan hasrat ingin memilih tempat belajar. Kadang - kadang pendapat ibubapa bercanggah dengan keinginan anak - anak. Aku setuju, kadang - kadang pengetahuan anak - anak lebih advance dari ibubapa, tapi jangan sesekali memperlecehkan pandangan mereka, kerana mereka lebih makan garam dari kita.
Mengimbas semula, di hari pertama aku menjejakkan kaki di Universiti, abah secara berseloroh mengatakan, "kursus yang kamu ambil ni bagus, tapi aku rasa kerja yang sesuai untuk kamu adalah pensyarah.." aku hanya mengangguk.
5 tahun dah berlalu, ternyata kata - kata itu menunjukkan kebenarannya. Kini, aku bekerja sebagai seorang pensyarah, dan aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Benar. Masinnya kata - kata orang tua.
Mereka lebih mengenali kita. Sikap. Kegemaran. Kesemuanya. Mak aku pernah cakap, "kalau ikan goreng ni di letakkan seorang seekor, aku boleh tahu yang mana satu kau punya, Padin.." haha.. memang la boleh teka, pasal aku tak makan ikan, ekekee ~ joking ~
Kesimpulannya, kalau ada apa - apa yang berlaku, mintalah pendapat orang tua kita. Mereka sangat berpengalaman. Jangan lah membelakangi mereka dalam membuat keputusan. Tapi janganlah kalau masalah di tempat kerja pun korang gi tanya diorang.. haha, berkerut dahi pulak nanti diorang nak jawab. Mana yang sakit jantung tu, nanti terus "gol" pulak.
Note || Yong, aku dah penuhi janji aku dulu. Aku dah dapat kerja yang baik. Tapi, Yong tak sempat berkongsi kejayaan aku ni.. Mudah - mudahan Yong aman di sana...
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments