Selamat Datang Ke padinno.com
Alhamdulillah, hampir genap setahun aku berkhidmat dengan MARA, banyak perkara yang aku pelajari, tak kira samada perkara hakiki ataupun perkara sampingan. Kerjasama, panduan dan tunjuk ajar rakan sejawat banyak membantu dan mereka tak pernah lokek membimbing aku.
Secara ringkas, aku simpulkan semula, mula berkhidmat pada 2 November 2009, di salah sebuah Institut Kemahiran MARA, memegang jawatan Pegawai Latihan Vokasional, (PLV) dan di tempatkan di Jabatan Diploma Mekanikal Teknologi Gas.
Blog entri kali ini, aku ingin mengimbas pengalaman sewaktu di temuduga, mudah - mudahan pengalaman ini dapat memberi informasi, kalau pun tak banyak, mungkin boleh juga menjadi panduan untuk menghadiri temuduga, khususnya sebagai PLV.
Terdapat dua sesi dalam proses temuduga ini, iaitu proses soal jawab bersama panel, dan di sebelah petang, sesi amali. Dalam sesi soal jawab, aku rasa mungkin mana - mana temuduga akan menjalani proses biasa, iaitu bercerita tentang latar belakang termasuklah latar akademik, dan mungkin pengalaman bekerja sebelum ini (jika ada).
Seterusnya, aku di tanya samada adakah bersedia dan berminat sekiranya di terima. Tugas yang merangkumi pengajaran subjek teori dan amali boleh juga di katakan perkara yang agak penting, maka persediaan dan minat amat perlu.
Selain itu, aku juga di beri peluang untuk cuba menggayakan sebagai seorang pengajar. 5 minit aku rasakan amat lama sebenarnya, tapi dengan pendedahan semasa di Universiti, (presentation, public-speaking), aku dapat menjayakan sesi pengajaran tu dengan baik.. (aku rasa la, huu)..
Di sesi petang, atau lebih tepat sesi amali, aku perlu menyelesaikan 2 tugasan, di mana produk/hasil tugasan tu akan di nilai oleh panel. Tugasan berkaitan dengan subjek yang akan di ajar, mungkin. Tugasan pertama, aku di kehendaki melakukan sambungan paip (pipe jointing) dengan menggunakan kaedah bebenang (thread).
Sumber Gambar : www.drillspot.com
Tugasan membentuk bebenang pada paip di lakukan secara manual, maka.... agak berpeluh juga la masa tu hehee.. Mujur, hanya paip bersaiz 3/4 inci.. Kalau 2 inci, mau pengsan jawabnya malam tu hehee.. Manakala tugasan kedua, aku di kehendaki menyambung 2 flat plate menggunakan kaedah kimpalan, SMAW dalam 1 G position.
Aku kurang yakin dalam bab kimpal ni, tangan agak menggeletar, dan hasilnya, aku sendiri kurang berpuas hati, sebab kumai (bead) yang terbentuk taklah sempurna, tapi aku rasa aku dah cuba yang terbaik.
Aku rasa itu je pengalaman yang aku nak kongsikan semasa di temuduga untuk jawatan PLV. Mungkin, lain orang lain cara penilaian, tapi apa yang penting untuk kita, mana - mana temuduga pun, persediaan amat penting. Ambillah sedikit masa untuk mengkaji dan memahami tentang pekerjaan yang kita mohon tu, dan mungkin juga mengetahui tentang maklumat organisasi.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments