Selamat Datang ke padinno.com
Pejam celik, pejam celik dah cukup setahun usia blog ni hehe.. Tak sangka boleh bertahan macam ni hehe.. Terima kasih aku ucapkan pada yang terus menyokong perjalanan blog ni.
Mengimbas balik pembabitan awal aku berblogging, hehe memang jauh beza. Beza dari pelbagai aspek, termasuk persembahan, penulisan, penerimaan dan macam - macam lagi la. Tapi, bagi aku semua perbezaan tu ke arah yang positif.
Dari segi persembahan blog, masa awal dulu aku memilih untuk berada dalam kegelapan, hehe tema gelap dan pastinya blog berwarna hitam. Mempunyai 3 column, sidebar di kiri dan kanan. hehe awal - awal blogging, memang rambang mata. Semua widget nak letak, peta, piano, jam, aliran trafik, boleh kata semua widget ada lah hehe.. Tapi lagu je aku tak pasang hehe
haha ada la dalam 5 bulan, blog entri pun dalam 5 - 6 je dalam sebulan, tu pun kawan - kawan Universiti dan sekolah je yang baca. Masa ni taktau pun apa bendanya blogwalking, trafik, earning lagi la taktahu hehe.. Sampai la satu ketika, aku terbaca satu komen di blog kartunis Oren, bercerita pasal Nuffnang ni hehe..
Dalam sebulan jugak aku cuba memahami apa benda la gunanya kotak jerit (shoutbox) tu haha, so bila aku perhatikan, memang banyak gunanya. Aku pun terus pasang jugak, hehe pastu dalam tu aku cuma tengok beberapa perkataan je, "singgah", "nuff tido", "i-folo-u-folo-i" lebih kurang macam tu la
haha entah apa entah maksudnya aku pun tak pasti masa tu, aku cuma perhatikan je time tu, dan bila jam 12 malam je, berlainan pulak mesej yang di tinggalkan "potato untuk anda", "klik" hehe dah lama tu baru la paham........
So, bermula bulan Mac, aku mula la giatkan pembabitan aku secara serius haha belajar macam - macam dan banyak perkara, ada yang mintak tolong kawan - kawan, ada yang baca sendiri hehe adehh apa aku mengarut pepagi Rabu nih..
haha sorry la, rasa teruja je dah setahun aku melayan benda nih, banyak pengalaman dan informasi yang aku kumpul, persahabatan, dan macam - macam lagi la. Hehe dari blog yang hitam, tak di kenali sampai sekarang da jadi kuning keemasan (mungkin da ada orang kenal kot), dari blogspot bertukar ke domain sendiri.. dan yang paling penting.. ehemm22 ekekee
Kenapa aku pilih September? pasal aku pikir September ni bulan di mana perkara perkara hebat berlaku. Pertama, ulang tahun penubuhan Malaysia... Pastu Tragedi 11 September di US, then 11 September juga perasmian Komanwel Kuala Lumpur '98, juga 11 September merupakan kelahiran aku, haha so aku nak libatkan juga padinno.com dalam bulan September hehe
Oklah, sebelum aku membebel panjang lagi, baik aku sudahi blog entry aku ni dengan serangkap pantun, kalau best, senyum lah, kalau tak best, jangan marah derr
"Kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang,
sudi - sudi bertandang lagi,
agar erat kasih sayang."
12 comments