Persoalan besar yang perlu kita ketahui ialah sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri? Mengenali diri sendiri merupakan perkara pokok untuk kita lebih berjaya dan berdaya maju, tidak kira untuk kerjaya, sosial dan kehidupan sendiri.
Secara logik, untuk berjaya kita perlu berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Untuk itu, kita perlu menganalisis diri kita dulu sebelum membuat sebarang perubahan. Mengenal diri boleh di capai melalui penganalisaan secara ikhlas dengan niat untuk memperbaiki diri.
Proses atau teknik untuk mengenal diri adalah perkara yang kompleks. Jadi, selain dari penganalisaan sendiri, kita juga perlu mendapatkan pandangan serta pendapat dari orang lain. Kesediaan untuk menerima segala kritikan, pandangan ata teguran merupakan kunci kejayaan.
Di sini, aku anjurkan 2 cara mudah untuk kita mengenali diri kita.
Kita ibaratkan orang di sekitar kita sebagai cermin. Kita boleh menanyakan pendapat tentang keperibadian kita. Apa reaksi mereka terhadap kita, maka itulah sebenarnya diri kita. Mungkin analisa antara seorang individu dengan individu lain adalah berbeza, tetapi itulah sebenarnya realiti yang kita tidak sedar.
Biasanya, ketika marah, ramai orang yang tidak sedar mereka sedang marah, haha.. Dan biasanya juga, perkara - perkara yang di sebut itu juga juga merupakan perkara sebenar. Ibubapa merupakan insan yang paling hampir dan mengetahui perilaku kita. Jadi aku rasa teknik ini juga boleh di ambil kira dalam proses mengenal diri sendiri.
Sebagai contoh "..kau ni malas betul la!! asyik tidur je, pegilah buat kerja yang berfaedah sikit, tolong mak ni memasak..".. Jelas kan? Dari situ, kita boleh tahu, kita perlu kikis sifat malas tu, dan membuat kerja berfaedah seperti menolong ibu memasak. Faedahnya? Nanti dah duduk seorang diri, tahu la nak memasak, ekekee
Aku rasa setakat itu sahaja, banyak lagi teknik di luar sana, yang mungkin boleh membantu kita mengenali diri sendiri. Penting untuk kita tahu, supaya tidak nanti di label orang yang tidak sedar diri.
Aku juga belum kenal diri aku sendiri. Bak kata seorang sahabat, yang kata - katanya amat tajam dan sampai sekarang masih terngiang - ngiang lagi, "..pikirlah hai teman, mengapa hingga kini anda masih bersendiri...jawapan itu hanya anda ada jawabnya..."
0 comments