Selamat Datang Ke padinno.com
Bercerita tentang hobi, aku pun tak pasti apa sebenar hobi aku. Kalau di suruh mengisi biodata, part hobi memang agak susah aku nak isi sebenarnya. Bukan keliru dengan personaliti sendiri, tapi aku tak pasti yang mana satu menggambarkan hobi sebenar aku.
Mengikut pemahaman aku, hobi merupakan sesuatu perkara yang kita sering buat, berulang kali dan tak berasa jemu. Kalau di ikutkan, banyak je perkara berulang yang aku sangat minat, dan belum terasa jemu.
Salah satu darinya mengumpul die-cast model. Mengumpul tu bukanlah maksudnya aku kutip di tengah jalan, atau mencuri di pasaraya. Tidak. Ada yang aku beli sendiri, hadiah dan ada juga dalam kategori ganti rugi.
Die-cast model ni banyak. Bermacam jenis, saiz, fungsi dan yang penting juga, berbeza harga. Ok, sebelum tu, siapa yang nak tengok koleksi aku, boleh tengok kat sini, bukan kat situ tau! Aku mula mengumpul koleksi ni pada tahun 1993, dan sampai sekarang masih dalam keadaan sempurna.
Masa dulu, aku lebih gemar mengumpul die-cast model yang berskala kecil, iaitu 1:56 dan sehampirnya. Harga lebih murah, cuma RM3.90. Berbagai jenama syarikat pengeluaran, dan yang glamour masa tu Matchbox, Maisto dan Hotwheels. Tapi sekarang, harga dah naik kepada RM5.90 dan model - model pun dah tak berapa cantik dan logik.
Melangkah ke alam pekerjaan ni, aku lebih gemar pula mengumpul model yang lebih besar. Skala 1:36 atau pun 1:24. Harga bagi model berskala 1:36 lebih kurang RM25 manakala harga model berskala 1:24 sehingga RM70.00 dan ada mencecah RM150.00.
Antara model yang menjadi koleksi aku kini ialah Mitsubishi Evolution (semestinya) 3 buah, Nissan skyline, Honda Civic Type R dan Honda S2000 (skala 1:36). Manakala model berskala 1:24, termasuklah Scuderia Ferrari F50, Subaru Impreza, Mitsubishi Evolution IX dan Missubishi Evolution VIII.
Aku rasa ini merupakan hobi aku yang masih maintain dari kecil sampai la sekarang. Kalau pergi pusat membeli belah, mesti singgah di kedai atau bahagian permaianan. Walaupun taklah sentiasa membeli, tapi tak jemu untuk mengikuti perkembangan die-cast model ni.
Jadi, kepada sesiapa yang nak memberi hadiah pada aku, mana la tahu nak tolong aku tambah koleksi ni, aku alu - alukan la hehe.. Aku nak cari model berskala 1:18 pulak, tapi tu lah, harga mencecah RM300.00 yang buatkan aku pikir banyak kali juga. Model - model ni aku tak buat apa - apa pun, just simpan dalam almari je, tapi kepuasan memiliki tu tak terkata dengan ucapan atau syarahan haha merapu dah aku nih...
Aku suka bila anak - anak saudara datang tengok, meleleh je air liur diorang, mata tak pejam - pejam haha. Nak pegang? Nak main? No way!! Kalau nak, minta la kat mak bapak sendiri, pasal aku beli pun guna duit simpanan sendiri. Bukan apa, budak - budak ni tak reti menghargai, bila dapat je, di hempas - hempas kereta tu. Hancur luluh hati bila tengok kereta tu berkecai depan mata.
Umm, ok lah aku rasa setakat ini sahaja aku nak kongsikan hobi aku. Mungkin ada di luar sana yang mempunyai hobi sama. bolehlah tengok juga koleksi korang.ok, adios.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments