Selamat Datang ke padinno.com
Bila mengoperasikan sesebuah blog, tak kiralah apa jua bentuk tujuan, semestinya akan memilih yang terbaik dan paling memuaskan. Pemilihan template, layout, susun atur widget dan termasuklah comment feature.
Dari masa ke semasa, banyak perkara yang berubah dan pastinya perubahan tu menampakkan lagi keberkesanan sesuatu sistem dan memperelokkan lagi persembahan atau performance sesuatu blog.
Kalau kita tengok, banyak pilihan yang kita ada, bermula dari platform untuk kita berblog, contohnya Blogger, Wordpress, Tumblr dan macam - macam lagilah. Begitu juga dengan pemilihan template, ada yang mahukan 2 column, 3 dan sebagainya, juga pemilihan meletakkan shoutmix.. ada yang memilih shoutmix, shoutbox dan banyak lagi pilihan di luar sana. Apa pun, pilihan itu di buat berdasarkan minat pengguna.
Apa yang aku cuba ketengahkan di sini, ialah berbicara tentang comment feature. Lebih senang, aku katakan di sini ruangan komen selepas blog entri kan. Memang, setiap platform menyediakan feature yang standard, contohnya blogspot la kan. Bagi yang selesa dengan format yang ada, mungkin tidak perlu memikirkan feature yang lain hehe
Bagi aku, dah setahun, rasa ingin menggunakan yang baru. Hehe, dan dari pemerhatian aku, antara yang terpopular adalah DISQUS dan IntenseDebate. Kedua - dua ni mempunyai matlamat yang sama, tapi semestinya masing - masing ada keunikan tersendiri.
Aku tak juga untuk membandingkan kedua - dua sistem komen ni, cuma untuk pengetahuan, aku menggunakan sistem DISQUS. Aku membaca beberapa artikel tentang perkara ni, dan hasilnya memang kedua - dua sistem punya keunikan sendiri.
Menurut Aizuddin, beliau mencadangkan penggunaan DISQUS adalah lebih baik berbanding IntenseDebate. Point dia adalah faktor loading time dan account. Kalau mahu lebih faham, boleh rujuk blog entri saudara Aizuddin ni.
Tapi, untuk lebih menyenangkan hati dan kepuasan pengguna, di cadangkan guna kedua - dua sistem ini dan bolehlah buat pertimbangan yang mana lebih menarik dan sesuai dengan blog kita, bukan hanya baik untuk pengguna, malah pengunjung juga untuk meninggalkan komen.
Bagi aku, penggunaan sistem komen macam ni lebih menarik sebab kita boleh reply atau tujukan komen kita pada orang tertentu dengan lebih mudah berbanding sistem komen piawai yang di sediakan blogspot, khususnya.
Sekian, Terima Kasih ~ Datang Lagi
0 comments