Selamat Datang ke padinno.com
Perlakuan jenayah ragut sering je kita lihat di paparan media massa, terutamanya televisyen dan dada akhbar. Saban hari, kes - kes jenayah ragut yang di laporkan semakin meningkat, justeru menggambarkan kehidupan kita semakin terancam.
Namun, adakah kita hanya terus menerus di cengkam dengan perasaan macam tu?.. Tidak di nafikan jenayah ragut memang tidak boleh di hentikan, tapi bagi aku, berwaspada adalah merupakan langkah awal untuk mengelakkan sebarang risiko.
Memetik kata - kata En. Kamal Affendi Hashim, Penyiasat Jenayah,"kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah"
Memetik kata - kata En. Kamal Affendi Hashim, Penyiasat Jenayah,"kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah"
Jadi, untuk blog entri kali ini, aku nak kongsikan beberapa tips atau kaedah untuk mengelakkan jenayah ragut dan seluk saku. Mudah - mudahan anda semua mendapat manfaatnya.
Elak Pakai Barang Kemas di Tempat Awam
Tak di nafikan perempuan gemar berhias ketika berada di luar, seperti memakai pakaian yang cantik, dan memakai barang kemas untuk kelihatan lebih menarik. Tapi anda perlu peka dan tahu ke mana tempat yang anda mahu pergi tu, elakkan memakai barang kemas kalau anda mahu bersantai di tempat awam yang sesak dengan lautan manusia
Elakkan Tertidur Ketika Menaiki Kenderaan Awam
Perjalanan yang jauh memang agak memenatkan, tambahan pula yang menaiki bas ekspress. Mungkin tidak dapat tidak kita akan terlena juga. Tapi kalau perjalanan yang memakan masa sebentar sahaja, elakkan anda tertidur. Penjenayah bergerak terlalu pantas, dan mungkin anda merupakan masa ragut ketika anda tertidur!! hehe
Periksa Dompet/Beg Duit Sekiranya Di Sentuh
Biasanya kalau kita berada di tempat awam, memang tidak boleh lari dari bersentuhan dengan orang yang di sekeliling kita. Contohnya, konsert JomHeboh, atau apa - apa majlis keramaian lagi. Bukan sebab kurang percaya sikap orang lain, tapi lebih baik berwaspada jika di asak atau di sentuh.
Jangan Lalai
hehe lalai ni lawan bagi perkataan waspada la kan, ok jangan lalai dalam erti kata lain memegang beg tangan bersahaja, meletakkan beg tangan berjauhan dengan diri, cuai ketika menjawab telefon dan bermacam - macam lagi kelalaian yang mungkin menghidupkan peluang untuk si peragut
Ok, aku rasa cukup 4 sahaja tips yang aku kongsikan, aku rasa masih banyak lagi tips di luar sana, kalau anda rasa ada tips lain, boleh lah kongsikan di ruangan komen, mudah - mudahan kita akan terhindar dari segala kegiatan jenayah, seterusnya dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta ini.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
27 comments