Selamat Datang ke padinno.blogspot.com
Note : Salam Ramadhan dari padinno
Terima Kasih ~ Datang Lagi
Umum mengetahui Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menguji kita, dari segala aspek, termasuklah rohani dan jasmani. Banyak manfaat yang boleh di peroleh menerusi penghayatan Ramadhan, antaranya penyucian jiwa, pemantapan rohani selain menjadikan hidup lebih berkualiti.
Pengertian puasa sebenarnya bukanlah semata - mata menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan.. hehe da macam karangan SPM derr.. Ok, apa yang aku cuba tekankan di sini, puasa juga boleh melatih untuk perokok di luar sana menghentikan tabiat merokok, yang mana rokok memang menjanjikan pelbagai kesan sampingan pada tubuh badan dan kehidupan.
Bak kata pepatah, 1000 langkah kejayaan di mulakan dengan langkahan pertama.. Kalau merokok ni pun, sama la, kalau takde usaha atau langkah awal nak berhenti, memang la susah..So, bagi sesiapa yang berhajat nak berhenti, Ramadhan ni lah perjuangan terbaik.
Memang, kalau kita tengok kat media penyiaran macam televisyen, radio atau akhbar, banyak produk yang di hasilkan untuk menghilang ketagihan merokok, tapi adakah berjaya 100%? Sebenarnya, aku rasa ubat tu hanyalah pemangkin je, bukan penyebab utama kejayaan.
Yang menjadi nadi kejayaan tu, sebenarnya niat dan keinginan. Kalau keinginan tu tinggi nak berhenti, lama - lama akan berjaya jugak. Memang, bukan mudah untuk berjaya dalam tempoh singkat, tapi sekurang - kurangnya ada perubahan dari masa ke semasa..
Jadi, bagi aku, pada siapa yang nak cuba berhenti tu, tanamkan tekad, sempena Ramadhan ni, manalah tau berkat bulan mulia ni kan, terus hilang keinginan untuk merokok lagi. Banyakkan doa, perhebatkan keazaman, mudah - mudahan berjaya hendaknya.
Bukan apa, merokok ni memang membahayakan. Tak percaya, rujuk artikel ni, hehe .. Beralih la kepada kehidupan yang lebih sihat, mudah - mudahan kita menjadi salah seorang manusia yang bertanggungjawab pada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitarnya.
Note : Salam Ramadhan dari padinno
Terima Kasih ~ Datang Lagi
12 comments