Selamat Datang ke padinno.com
Menyelusuri hari - hari yang mendatang, pejam pelik dah masuk hari ke-10 kita, umat Islam menunaikan ibadah puasa. Ibadah yang di tuntut dan menjadi salah satu rukun dalam Rukun Islam.
Pastinya kita berlumba - lumba untuk mendapatkan segala nikmat Ramadhan, yang kita tidak tahu adakah kita masih berkesempatan menemuinya sekali lagi akan datang. Manfaatkanlah selagi nyawa di kandung badan.
Aku bukanlah nak bercerita panjang mengenai fadhilat Ramadhan ni, ataupun kelebihan berpuasa menerusi perspektif sains, cuma aku nak menyentuh tentang isu menu berbuka, atau lebih mudah di katakan juadah berbuka puasa.
Biasa kita lihat, orang - orang kita ni mewah dalam berbuka puasa. Mewah dalam erti kata lain pelbagai jenis makanan, aneka lauk pauk, aneka pencuci mulut. Di ibaratkan seperti membalas dendam terhadap waktu siang, sejak bermula je azan Maghrib, perut terus di asak bertubi - tubi dengan segala jenis makanan yang terhidang.
Itulah yang di katakan mewah dalam berpuasa.. Sebenarnya, kalau kita hayati semula konsep berpuasa ni, bukan hanya menahan lapar dahaga di waktu siang, tapi sebenarnya penghayatan yang lebih mendalam lagi. Kita di ajak untuk menghayati bagaimana keadaan rakan - rakan lain yang kurang bernasib baik dari kita, yang entah makan atau tidak........ ahh sori xdapat nak sambung ayat ni huhu...
Jadi berbalik kepada tajuk, penghayatan Ramadhan ni besar ertinya dalam kehidupan, memberikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang di berikan, memberikan kita lebih berfikir dari menggunakan nafsu semata - mata.
Aku takde apa nak kongsikan sangat pun, cuma semasa berkursus ni, aku berbuka ala kadar je, macamana la Jabatan yang berpengaruh pun menyediakan makanan yang agak kurang memuaskan, makanan tidak cukup untuk semua peserta, paling menyentuh hati, ada yang hanya makan nasi berkuahkan air sarsi sejuk? huhu..
Tapi aku masih bersyukur masih dapat menyuap nasi, masih bertenaga untuk terus hidup, masih bersemangat untuk meneruskan kursus ni hehe, ok da nak waktu berbuka puasa ni, aku gerak dulu ya?
Terima Kasih ~ Datang Lagi

11 comments