Tinggal berbaki sehari dua sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang menjanjikan beribu baraqah dan rahmat. Semua umat Islam akan berpuasa, menyahut seruan Rukun Islam dan pastinya berlumba - lumba mencari pahala berlipat kali ganda seperti yang di janjikan.
Namun, dalam menyambut kegembiraan itu, mungkin ada segelintir antara kita mempunyai kisah dan nostalgia tentang Ramadhan. Mungkin sama sekali seperti kenangan yang tak dapat di lupakan, menggamit memori ketika mula berpuasa, pengalaman berpuasa bersama keluarga, dan sebagainya.
Bagi aku, memang terlalu banyak nostalgia Ramadhan ni, tapi kat sini, aku bukanlah nak bercerita tentang kisah aku, cuma aku nak mengajak korang berkongsi pengalaman bersama 4 Pengopi Tegar nih.. jom sama - sama menghayati kisah dan nostalgia Ramadhan diorang..
"Kisah Ramadhan ni dah agak lama berlalu, namun masih kukuh terpahat dalam memori. Pengalaman yang sangat berbeza dirasakan kerana ianya sesuatu yang baru dalam diri Anna pada ketika itu. Menyingkap semula pengalaman berpuasa bersama teman-teman seperjuangan... " - baca lagi
"Pada Ramadhan yang lepas aku hampir hampir di jual oleh kawan aku sendiri. aku bukan tulang lembu untuk di jual dan di buat sup tulang seterusnya di makan ketika berbuka puasa beramai ramai. aku juga bukan ayam daging untuk di buat percik ayam. Tapi..." - baca lagi
"First time aku berpuasa, aku tertanya-tanya kenapa aku xleh makan ngn minum di siang hari? aku tengok member2 sebaya aku boleh je minum air. kenapa jadi begitu? adakah aku disabotaj oleh kedua ibu bapaku sendiri? oh tidak~!..." -baca lagi
"Dipendekkan cite kawan-kawan aku ni may be kurang kesah.... kebetulan aku ni nakal... aku pi la kabo kat kawan-kawan aku... "wei korang tak buka ke? tu kan dah azan..." pastu kawan-kawan aku tanye... "hari tak gelap lagi..." aku pun jawab la..." - baca lagi
22 comments