Selamat Datang ke padinno.com
Susah juga nak lelapkan mata ni, entah apa yang aku fikir sekarang pun, aku tak pasti la, bermacam - macam agaknya huhu.. Sambil melayan mata nih, teringat pulak slot cerita P Ramlee tentang kisah Si Labu Labi.. Berangan, mimpi jadi macam - macam memang menghiburkan hati la..
Aku pun dah terpikir nak jadi macam - macam ni ha, hehe.. Andainya aku di beri pilihan nak merasa menjadi sesuatu, banyak je benda yang aku nak jadi. Bukan tak bersyukur jadi manusia tapi berangan je nak jadi selain manusia hehe..
Mula - mula, kalau boleh aku nak jadik duit ekekee.. Yelah ramai orang sayangkan duit. Semua orang perlukan duit. Kalau dah ada duit, pandai la nak menjaga duit kan, samalah macam aku hehe nak merasa di sayangi, nak merasa di hargai.. Sentiasa rasa di perlukan dalam kehidupan manusia.. wahh bestnya andai aku adalah duit. Tapi, kadang - kadang pasal duit pun boleh menimbulkan perbalahan, permasalahan.. err aku tak mahu la kehadiran aku sebagai punca permasalahan. Tak best la jadi duit.
Ha, apa kata aku menjadi sebuah laptop? hehe kalau tuan punya laptop adalah blogger tegar, ataupun pengguna internet, atau memang kerja sebagai guru komputer, pasti dia akan menghadap aku sepanjang kehidupannya. Siang malam, pagi petang.. Wah setianya.. Best kan bila ada orang sentiasa mendampingi kita. Tapi yelah, bila dah guna setiap masa, sampai satu tahap performance akan berkurang, dan tuan punya akan beralih hati.. huhu aku takmahu juga jadi begitu..
Apa kata aku menjadi binatang peliharaan? Jadi kucing ke, arnab tak pun iguana? hehe mesti di manja, di belai, di bagi makan, di sediakan tempat tidur hehe.. Tapi kalau tuan rumah takde, gi jalan - jalan, kebulur la jawabnya, yelah sejak lahir di manja, mana tahu nak buat apa - apa, adehh takmahu la jugak jadi kucing.
Pusing punya pusing, jam pun dah pukul 2 pagi, senang - senang baik aku jadi manusia je hehe, berdiri atas kaki sendiri hehe, tak payah pikir - pikir lagi.. Boleh gunakan duit, laptop dan kucing untuk kelangsungan hidup.. Duit untuk membeli makanan, mengunakan laptop untuk menimba ilmu, dan menjadikan kucing sebagai teman.. Kan bahagia hidup?
Untungnya bila kita menjadi manusia, manusia yang berakal fikiran, mengawal segala tindakan. Mencipta bahagia dengan jalan tersendiri, mencari penawar untuk segala rajuk duka, dan elakkan menjadi manusia yang sepertinya binatang, duit dan laptop yang hanya di manipulasikan oleh orang lain demi menyempurnakan kepentingan diri semata - mata.
Sekian saja, blog entri kali ini, andainya aku ... Kalau korang, nak jadi apa?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
27 comments