Hari ini hari sabtu, ekeke.. rasa malas je nak bangun awal pagi, yelah kan cuti.. Kalau waktu belajar dulu, aku lebih gemar menghabiskan masa cuti, yakni awal pagi sabtu dengan aktiviti tidur hehe.. Tapi sejak berkerja ni, aku dah ubah disiplin aku. Aku bangun pagi - pagi, keluar cari sarapan dulu, then kemas rumah sikit hehe.. Baru la ngadap kawan - kawan ni hehe
Ye.. Aku dah terbiasa bangun pagi dan mengambil sarapan. Dan, aku sendiri dah rasa ada perbezaan kalau aku ambil atau tak sarapan ni. Di sini aku nak kongsikan sikit hal - hal berkaitan sarapan.
Yang pertamanya, sarapan ni ialah makanan pertama yang kita makan, di waktu pagi.. ingat ye pelajar sekalian, cewah macam nak ajar budak jawab soalan peksa guna keyword pulak ekekee..
Secara umum, sarapan ini adalah penyumbang pertama tenaga untuk memulakan kerja dengan lebih baik. Banyak manfaat yang boleh kita ambil melalui sarapan hehe.. Nak tau apa manfaat bersarapan? he he he... korang boleh cari info yang lebih tepat (berdasarkan kajian) la, tapi info dalam padinno ni info berdasarkan pengalaman dan pendapat aku je hehe..
Pandangan aku, orang yang mengambil sarapan ni akan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Sebab apa, sarapan adalah berkait rapat dengan kecerdasan mental, seterusnya membantu otak lebih peka, fokus dan cergas. Tu sebab orang kata, belajar di waktu pagi adalah jauh lebih baik berbanding di waktu petang atau malam.
Selain itu, faktor sarapan juga boleh memberi impak kepada mutu kerja kita. Contoh yang paling hampir la, kerjaya seorang pengajar hehe contoh aku le tu, kalau tak ambil sarapan, dalam pukul 10 pagi aku dah rasa tak bermaya dah nak membebel dalam kelas tu, dan bila perut rasa lapar, tambah pulak student yang tak reti bahasa, memang mudah je aku bahasakan diorang on the spot!! Senang cerita, kalau dah sarapan, perut kenyang, hati pun senang.. lalala..
Contoh yang aku bagi tu berkaitan dengan kerjaya pengajar. Kalau kerjaya lain? Yang memerlukan kerja - kerja yang lebih fizikal? .. ha, kan penting tu hehe.. Bila ada tenaga nak berkerja, banyak la kerja yang boleh di buat. semakin banyak kerja yang dapat di siapkan, semakin baik la reputasi korang di mata Boss!! ekekee.. Bila reputasi dah baik.. ehemm paham - paham je la heh,
Satu lagi, yang aku nampak, sarapan ni boleh jadi pengikat kasih sayang, ekeke.. Hujahnya? heh, yelah, bila suami atau anak - anak makan sarapan tu, mesti la dia berfikir nasib baik la ada makanan pagi - pagi ni, kalau tak kebulur jawabnya. Ni yang makin sayang nih, ekeke.. Teori ni aku hentam je, betol ke tak, entah la..
hehe so, aku rasa setakat ni je la aku membebel pasal sarapan ni, aku harap info yang aku tulis ni, kalau tak banyak, sikit pun jadilah untuk membuka mata tentang pentingnya sarapan. Apa yang penting di sini, makanan yang pertama adalah penentu kualiti kehidupan untuk 12 jam berikutnya.. hehe, renung- renungkan.
Terima Kasih ~ Datang Lagi
23 comments