Salam dari Padin.. hehe apa khabar anda semua?.. harap kawan - kawan sekalian sihat hendaknya, di samping mengerjakan kerja - kerja seharian dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini.. Semoga, kita sentiasa di beri kesihatan yang terbaik, Amiin~
Umm, kenapa kita di beri pilihan ya? hehe Pilihan wujud supaya kita mudah untuk memilih ekeke, sesiapa pun boleh jawab macam ni.. ape da.. hehe ok, bagi aku sendiri, banyak manfaat tentang kewujudan pilihan.. Korang semua juga mesti pernah membuat pilihan kan.. Nak cari calon laki/bini.. Nak cari tempat pengajian terbaik.. Dan yang pasti, mesti pilihan tu adalah terbaik..
Secara mudahnya, pilihan ini menyebabkan wujudnya variasi.. Kita lihat masyarakat kita sendiri terdiri daripada berbilang pangkat dan kedudukan. Pilihan kerjaya juga boleh di jadi kan contoh.. Tapi jangan cepat melatah.. Janganlah di hina atau memandang rendah pada si nelayan, ataupun si tukang rumah kerana kerjaya itulah yang memberi orang - orang di atas menikmati makanan, berteduh di mahligai indah hehe ini boleh di katakan konsep saling bersandaran.
Untuk membuat pilihan tebaik pastinya sukar. Cuma, bagi orang yang sedar dengan kemampuan diri, akan merasa lebih mudah membuat keputusan. Samada pilihan itu betul - betul yang terbaik, tidak perlu di risaukan sangat, asalkan memberi manfaat kepada diri sendiri semula.. Contoh terdekat, aku memilih untuk menjadi tenaga pengajar berbanding menjadi seorang jurutera. Kenapa? hehe aku sedar kemampuan diri aku, dan aku rasa ini pilihan yang terbaik untuk diri aku.
Hal pilih memilih ni kalau di panjangkan, memang banyak.. Memilih template blog, tema, warna, pengisian blog juga memainkan peranan. Kepelbagaian ini lah yang mewujudkan keharmonian. Setuju tak?.. haha entri apa entah ni, sebenarnya aku susah nak buat pilihan yang mana menang malam ni antara Brazil dan Belanda pada pertemuan Suku Akhir Piala Dunia 2010. Aku sememangnya peminat pasukan bolasepak Brazil, tapi tahun ni aku beli jersi Belanda ekeke..
oklah setakat ni jelah rasanya. Korang pulak macamana? Pilihan apa yang paling sukar nak di buat? dan.... cuba bayangkan dunia ni takde pilihan, apa jadi? hehe contoh yang aku nampak, kalau tiada pilihan, semua blog gunakan satu template je.. macamana nak tentukan identiti pemilik blog tu? hehe... -----------------> larikkkk
Terima kasih ~ Datang Lagi
12 comments