Salam ceria aku hulurkan pada rakan - rakan yang singgah ke blog ni, khususnya bila membaca entri ni hehe.. Err entri lain pun, bacalah dengan hati riang ria ekekek.. tapi ni bukan blog taman hiburan ye, heh..
Emm, aku ingatkan bila dah jadi pengajar ni, aku je yang boleh bagi assignment, tapi rupanya aku pun tak terlepas.. Setiap hari ada je tugasan yang menanti, so jangan ingat menjadi seorang pengajar ni kerja mudah ya.. Hehe entri ni takde kaitan pun dengan tugasan tu, cuma kat sini aku nak menyelesaikan satu tugasan yang telah di beri oleh seorang rakan blogger ni..
Apa tugasan yang perlu aku buat? ha, "BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI DAN PEMBERI AWARD" huhu susah jugak tu nak paham ape kehendaknya, takpe, aku try macam ni je la hehe..
"Unhappiness is the best defined as the difference between our talents and our expectations." - Edward de Bono
Aku boleh katakan ini antara kata - kata semangat yang paling baik, bukan saja untuk aku, atau pemberi award, malah seluruh manusia sekalian. Seperti yang aku karangkan di sini, kebahagiaan tu akan wujud bila kita berjaya mencapai sasaran kita berdasarkan keupayaan kita..
So, apa saja yang kita buat, perlu ada sasaran. Dan, yang penting, sasaran tu kalau boleh biarlah menepati keupayaan kita. Sebagai contoh, pasukan bolasepak Korea Utara, mereka amat berbangga apabila dapat mengekang Brazil untuk berkenduri gol semasa pusingan awal Piala Dunia lalu. Itu sebenarnya kemenangan moral buat mereka, walaupun secara hakiki terbukti Brazil bukan tandingan mereka.
Satu lagi contoh, bagi diri aku sendiri, hajat nak melukis tapi kurang berbakat. Tapi, aku puas hati sebab aku hapuskan jurang yang ada di antara bakat dan sasaran aku hehe.. korang boleh tengok lukisan aku kat entri ini, ini dan ini hehe..
Hahaha, panjang pulak ye.. Tu la, ingat aku tak boleh membebel ke? hehe.. ok la, cukup la aku bersyarah dalam kelas je, jangan di bawa sampai ke sini hehe.. Sebenarnya, aku boleh dapat award bile selesaikan tugasan ni.. hehe, ok ni awardnya, datang dari AJ.. terima kasih ya..
Di kesempatan ni jugak, aku nak tunjuk beberapa award yang aku dapat lagi dari teman maya ni, thanx ya!!
Award dari Mak
Ok, sampai di sini saja.. tengah berfikir apa pulak header yang patut aku letak untuk bulan ni, hehe..Ada Cadangan?
Terima Kasih ~ Datang Lagi
17 comments