Salam buat rakan, sahabat, dan teman di luar sana.. hehe, Semoga berbahagia di hujung minggu bersama aktiviti yang telah di rancangkan. Aku bersantai di rumah je arini, esok da mula mengajar untuk semester baru pulak. hehe.. Bercerita pasal mengajar nih, Semester ni aku mengajar subjek baru, Metering and Regulating Station, dan dua lagi subjek lama, Gas Distribution System dan Project Management.
Artikel kali ini, aku cuba nak berkongsi sesuatu yang aku rasa memang nak tulis lama dah, cuma kali ini je baru berkesempatan hehe.. tengok pada title tu, nampak macam nada amaran je, tapi jangan risau, itu bukan amaran, cuma lebih tepat di katakan memperingati. Ye lah, kita ni tak lepas dari terpesong, termasuk diri aku sendiri. Cuma, sebagai manusia yang di beri akal, cubalah sebaiknya untuk menjadi yang terbaik ekeke.
Ok, tidak di nafikan memang banyak dah laman - laman sosial di bina, termasuklah platform blog nih. Tambah pulak blogspot ni free kan, aku pun turut serta memeriahkan dunia blogspot ni hehe.. So, bila banyak yang turut serta, banyak jugaklah variasi persembahan blog tu, maskudnya dari segi penulisan, gambar - gambar dan perkara lain.
Pelbagai jenis penulisan kita dapat tengok kan, kalau aku nak list semua, panjang la weh, aku harap korang pun paham le ye apa maksud jenis penulisan tu. Contohnya, penulisan pasal personal journey ke, masak - masak ke, jual tudung ke, atau apa - apa pun boleh.. hehe Apa - apa pun boleh? biar betul? hehe...
Memang, kita memang berkuasa sepenuhnya untuk menulis apa sahaja. Sebab, "blog aku, ikut suka aku la nak tulis apa" hehe.. Tu memang betul, tapi sebenarnya, berwaspadalah dengan penulisan korang. Berwaspada dengan kandungan yang korang nak kongsikan tu. Sebab apa aku cakap macam tu? ..hehe sabar, baca bagi abis dulu ye..
Ok, dari pandangan mata aku yang kabur ni,rata - rata la orang yang buat blog ni atau laman web ni mesti nak pulangan jugak dari dia berblog, hehe.. Kalau tak, buat apa nak bina blog, menulis, bersengkang mata, bayar bil bulan - bulan.. hehe tolong betolkan aku kalau ada salah apa apa ya.. Pulangan tu dari segi apa? hehe mesti la duit kan. Jadi, macamana nak dapatkan pulangan tu?..
sekali lagi, ini dari pandangan mata aku yang kabur ni, nak dapat ganjaran, try la join mana - mana program yang boleh mendatangkan duit. Ye, Nuffnang adalah yang terpopular agaknye bagi blogger Malaysia ni hehe -- aku pun join -- Tapi jangan ingat senang - senang je nak dapat ganjaran tu, kena banyak usaha. Siap ada tips tu hehe.. Bermacam - macam tips, lepas sorang, sorang buat tips.. bagusla kan berkongsi.. aku setuju cara tu..
Tapi, yang aku rasa agak tak kena bila orang nak mengamalkan tips tu.. Banyak la, tapi aku cuba nak sentuh satu je.. aihh panjang nih bila nak abes karang ni.. huhu...ok aku cut sket.. tengok siri ini EARNING >> VISITOR >> >>>>>ENTRY paham ke tu? Tu la, aku nak tulis panjang - panjang korang tak nak baca pulak.. Ni salah satu tips. Nak dapat earning banyak , kena ada ramai visitor.. dahtu cemane nak ramaikan visitor? ... >>> antaranya ialah kandungan entri yang berkualiti..
Aku setuju kandungan entri yang berkualiti boleh menarik pengunjung, tapi korang jangan anggap keyword yang lucah tu kandungan berkualiti.. Cuba korang bayangkan, meraih visitor daripada keyword "video lucah Ariel", takpun "tips malam pertama", then visitor tu klik iklan, dan dapat earning, so apa maknanya kat situ? ----> takde maknanya ...
Merujuk kepada ulasan Taib pasal dalam artikelnya,
“..Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram..." - baca lagi
30 comments