Selamat Datang ke padinno.blogspot.com
Salam Ahad buat teman - teman, semoga kalian gembira dengan aktiviti yang akan atau telah di rancang. Kepada yang berkeluarga, ajaklah anak - anak bersukaria, kepada yang berpasangan, keluarlah melepas rindu hehe.. Tapi berwaspadalah, takut nanti duit dalam poket tu kering plak, korang gi belasah shopping nanti ekekeke!!
Emm, kalau tengok title tu, nampak macam isu berat je kan, hehe tapi sebenarnya tak berat mana pun kalau kita ada cara untuk mengatasinya.. Umum, sifat cemburu ni adalah sifat terpuji. Tetapi cemburu yang berlebihan akan menjadikan sifat yang tidak terpuji.
Menyorot kata - kata penyair Maya Angelou,
"...cemburu umpama garam dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa..."
hehe sedap ayat nih.. berkali - kali aku baca dan cuba fahami maksud tersiratnya.. heh, aku harap korang pun boleh paham kan.. Cemburu kat sini, aku taknak highlight kan pada perhubungan saja, cuba kita renung dengan skop yang lebih luas.
Kita ambil satu contoh yang kita sering hadapi, keputusan peperiksaan. Cemburu melihat keputusan rakan lain yang lebih baik, itu cemburu yang terpuji.. Bagi yang mahu berubah, dia akan jadikan keadaan itu sebagai motivasi supaya dia akan menjadi lebih baik.
Contoh lain, cemburu melihat blog orang lain lebih cantik, popular berbanding blog sendiri. Itu cemburu yang terpuji.. Dengan akal yang ada, berfikir dan bertindak positif supaya blog sendiri sama hebat dengan blog yang dah sedia hebat, haha merapu apa aku nih..
Demikian juga hal dengan cemburu dalam perhubungan.Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan kekal selesa.
Aku? Cemburu? haha, semestinya ada perasaan macam tu.. Aku cemburu apa? haha aku cemburu tak terpilih jadi penyerang utama sukan bolasepak MARA bulan lepas, tapi aku positif, peluang untuk aku akan muncul jua, ekekeke..
Jadi, bagi aku.. Cemburu tu ada baiknya.. Sebagai suatu motivasi untuk kita meningkatkan prestasi diri.. Tapi jangan biarkan emosi yang mengawal fikiran kita, sebaliknya biarlah fikiran yang menjadi rujukan utama.Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan diri sendiri hehe..
Korang? Apa pulak pandangan korang pasal cemburu ni? hehe.. Jangan jeles ya, aku umur 24 da pakai Mitsubishi Lancer Evolution VIII.. hehe... Tengok entri nih : Evo Dalam Genggaman
Terima Kasih ~ Datang Lagi
32 comments