Emm, sedar tak sedar dah part 3 dah aku bercerita.. hehe kepada korang yang terlepas part 1 dan 2, boleh tengok entri ini jugak.. ok, tapi part 3 ni, aku nak bercerita pasal padinno.blogspot.com ni, heh.. takde idea ke, tulis pasal blog sendiri ni? Hehe Bukan macam tu.. baca dulu ya...
Ok, pertamanya, blog ni da kaler kuning hehe.. dulu – dulu hitam.. siapa – siapa yang sempat tengok blog aku dulu, boleh tau la segelap mana padinno time dulu hehe.. Bak kata orang, baru nak bukak mata, masih kabur – kabur lagi. Sekarang, da cerah ekeke.. tapi ada yang masih merungut silau bijik mata, huhu sori ye, tak dapat nak puaskan hati semua orang..
Nak mencari identiti sendiri susah juga, tambah pulak nak meraih penerimaan orang ramai hehe. Niat nak glamour tu jauh sekali, cuma bak kata orang, sekali klik, dah tau siapa empunya blog, hehe.. Sama la macam identiti sesebuah pasukan bolasepak, kalau sebut je pasukan Brazil, kita memang dah tau corak samba kan.. lebih kurang gitu lah maksud aku..
Ok, lupakan identiti tu, meh aku cerita sikit apa yang ada dalam blog ni. Biasalah, ada blog, mesti ada kandungan kan.. So, macam yang aku catat kat SEPATAH DUA KATA tu, secara umum, aku jadikan blog sebagai catatan perjalanan hidup aku, visi dan mungkin juga berkongsi sikit pedapat dan pengalaman.
Berkenaan konsep dan susun atur blog ni, aku sukakan kekemasan.. Ye, aku mengaku awal – awal dulu memang agak serabut sikit, sidebar lintang pukang, gambar sana sini, tulisan warna warni hehe tapi aku cuba improve yang terbaik, untuk aku, dan untuk pembaca jugak.. Harap – harap korang selesa dengan konsep baru aku ni.
Artikel yang di lingkari dengan scroll box, aku harap ia memudahkan korang untuk baca, tanpa perlu loading sekali lagi, yelah kadang – kadang perkhidmatan internet yang kureng, boleh membunuh mood pembaca. Dan, korang boleh juga jenguk artikel – artikel terdahulu, tanpa loading sekali lagi. Fungsi READ MORE pun bagus, tapi tulah, aku tak minat.
Sidebar pulak, aku cuba juga konsep mengkotakkan content. Aku rasa lebih kemas macam tu, hehe itu yang aku rasa. Dan, untuk mengelakkan terlalu panjang, aku gunakan konsep sorok content, ekeke.. Tapi mudah je kalau nak akses, klik je, automatik loading. Mana – mana yang jarang datang akan kata blog ni takde shoutmix, hehe ada je.. Cuma tersorok je skit..
Hehe dah panjang ni aku bercerita.. tulis panjang – panjang kang takde orang pulak nak baca, ok harap – harap korang selesa la dengan padinno.blogspot.com ni. Nak datang hari – hari pun boleh, nak baca hari – hari pun boleh, tapi itulah, aku ni jarang update artikel baru. Karier lebih utama, kan. Sekian saja..
Nota kaki : Aku suka identiti blog tehr, semua berkenaan teh hehe.. jumlah orang sedang minum, jam teh, teh import, teh kedai sebelah dan macam – macam lagi…Err korang pulak, suka tak identiti blog aku? Hehe..
Terima kasih ~ Datang Lagi
Terima kasih ~ Datang Lagi
17 comments