[1] Loqman Tomyam, Sri putri, Skudai
kalau tengok pada nama tempat makan pun, dah boleh agak speciality dia adalah tomyam.. Macam restoran - restoran seafood yang lain, aneka makanan di sajikan di sini. Apa yang menarik bagi aku di kedai makan ni, ialah Tomyam Ayam dia.. Perghhh.. Memang mengancam la, siap ada yang mengeluarkan peluh - peluh lagi, ibarat macam bermain futsal plak padahal makan tomyam je ekeke menu biasa yang aku pesan kat sini, ikan siakap 3 rasa, daging black pepper, dan... kerabu ikan bilis hehe, favourite aku tu.
[2] Restoran My Friends, Kempas
Restoran ni terletak di atas bukit, berhampiran dengan flyover Kempas - Pasir Gudang, boleh nampak dari jauh derr.. apa yang menarik, seafood dia pon boleh tahan, dan paling best udang black pepper dan kerabu mangga.. kalau nak order minuman, agak rambang mata la kejap pasal beraneka pilihan minuman yang sedap - sedap
[3] Juara Seafood, Taman Cempaka, Kempas
hahaha, seafood confirm la sedap.. tom yam chiang mai, kerabu mangga dan... kerabu ikan bilis hehe, favourite aku lagi tu.. Nasik goreng dia banyak gila weh, tapi kalau order nasi putih, ciput je dia bagi..
[4] Restoran Pinang, Skudai
tempat makan yang ke empat ni, bagi aku, kalau dah makan ayam penyet kat sini, sure tak cari tempat lain dah.. oppss sebelum tu pastikan anda memesan air yang bersesuaian, dan mintaklah air/ais kosong hehe.. Ayam Penyet Medan Selera Rahmat Bandar Baru UDA pun power!
[5] Kedai makan Haji Dollah, Tmn Seri Bahagia, Tampoi
err ini kedai makan biasa je, cuma apa yang menarik selera aku ialah "nasik goreng tomyam" kui kui kui.. nasik banyak, udang pun banyak.. 3 ekor besar yang bersalut tepung, 3 lagi menyorok dalam nasik... hehe
ok, aku rasa itu sahaja tempat makan yang best di jb versi selera aku.. Cuba - cuba lah berkunjung ke tempat yang aku sebutkan di atas, harga memang berpatutan, dan aku jamin korang semua mesti puas hati, macam aku juga heeee
kalau ada sesiapa yang tahu tempat yang lagi best, tolong jerit kat ruangan komen , ya.. hehehe
24 comments