Salam kepada semua kawan - kawan. Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang perihal makanan ni. Macam lagu yang pernah di popularkan oleh Jalil Hamid dulu, ha ingat tak?.. hehe.. Semua benda hidup pun memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Macam dalam buku teks kemahiran hidup bersepadu tingkatan 3, [ tak tahu ada lagi ke tak sekarang] "makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan" ha, terang - terang konsepnya, kita makan untuk terus kekal hidup.
Ha, nanti ada yang cakap, ala makan pun tetap mati. huhu, yelah, kalau mati di sebabkan kemalangan tu lain cerita, kena tembak ke, kena bom ke, tu memang takde kaitan, cuma aku nak tekankan di sini, bila kita dapat makan, kita ada tenaga, tenaga tu lah kita manfaatkan untuk berbuat kebaikan, samada diri sendiri mahupun masyarakat lain.
Ada tenaga untuk kita bekerja, membantu ekonomi, ada tenaga untuk kita melakukan kebajikan, amal jariah, ada tenaga untuk kita beribadah, ha kan kita ni dah di janjikan setiap perkara yang kita lakukan, dengan jalan yang betul, dengan niat yang betul, di janjikan ganjaran pahala. Jadi, untuk mendapat semua itu, pastinya bermula dari makanan betul tak? jadi, di sini aku nak kongsikan beberapa perkara :
Mee Racun Tulang : Batu Pahat
[1] Sumber makanan
Perlu di ingat, makanan yang kita ambil akan menjadi darah daging kita selamanya. Jadi, pastikan kita makan dari sumber yang halal, jangan memakan harta anak yatim, jangan ambil rasuah, riba dan pelbagai lagi sumber haram.
[2] pilih makanan yang berkhasiat
Kita biasa dengar ayat "halalan taiyyiba".. bermaksud makanan yang baik. Kita di sarankan mengambil makanan yang baik. Baik di sini membawa erti makanan yang berkhasiat. sumber makanan yang berkualiti menjamin kehidupan berkualiti, hehe
[3] Elakkan makan organ binatang
Aku pernah terbaca satu artikel, sememangnya organ - organ seperti hati, limpa mengandungi kandungan protien yang sangat tinggi kepada sistem tubuh badan manusia, tetapi sebenarnya ia memudaratkan. aku dah lupa apa justifikasinya, tapi yang jelas kita seharusnya mengelak dari memakan jenis makanan ini.. [daging burger yang kita dok makan tu pun diragui kandungannya, mungkin campuran dari semua organ termasuk usus?]
[4] Lebihkan pengambilan buah/sayur
eh, da macam tips pulak ye, hehe.. ha, perkara ni pun penting juga.. Sebolehnya, sayur tu janganlah di masak terlalu lama, di khuatiri semua vitamin yang terkandung akan hilang.. lebih elok kalau kita memakan ulam - ulaman hehe
[5] Pengambilan yang bersesuaian
ha, kalau dah lulus empat perkara di atas, cuba perbaiki pula sikap kita dengan perkara kelima ni. Berpatutan lah dalam mengambil makan ni.. Maksudnya, cuba seimbangkan, kalau pagi makan berkolestrol, tengahari cuba kurangkan, lemak, karbohidrat. Semua ini penting supaya pemakanan yang seimbang menjana kehidupan yang sempurna. Buktinya? Kalau kita kawal lemak, taklah badan mengembong ekeke, so takdelah ramai yang mengata dan hidup akan jadi lebih happy. lagipun, itu semua untuk manfaat kesihatan kita juga
[6] Doa
Walaupun aku letak perkara ni di tempat terakhir, tapi tidak bermakna ia tidak penting. Doa adalah yang terpenting sebenarnya. Jadi, setiap kali nak makan/selepas makan jangan lupa berdoa, sebagai tanda kita mensyukuri nikmat dan rezeki pada kita, mintakkan supaya jangan terputus makanan, dan setiap darah daging yang terhasil dari makanan tu halal hendaknya. doalah juga supaya makanan yang kita ambil itu sentiasa berkat dan memberi kesihatan kepada kita. Memang orang cakap, kalau makan masin banyak, cepat darah tinggi, itu dari sains. Tapi kita jangan lupa padaNya, Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.
ok lah, dah abes dah point aku nak kongsikan dengan korang, mane yang korang rasa nak tambah ke, nak komen ke, silakan ya. Sekian perihal makanan hehe,
21 comments