Artikel ke tujuh yang aku abadikan dalam bulan Jun ni ialah berkenaan tentang perkongsian idea bagaimana menulis blog mengikut pandangan aku, yakni versi PADIN hehe.. Berguna atau tidak, kalian yang akan tentukan.. Yelah, kadang2 kita ni xde idea nak update blog
[1] Kegemaran
Kita boleh senaraikan apa sahaja yang kita rasakan menarik untuk di kongsi, termasuk movie, majalah, komik, lagu, tempat percutian dan sebagainya. Manalah tau ada pembaca yang mempunyai minat sama, boleh bertukar - tukar pandangan mengenainya lebih lanjut.
[2] Aktiviti peribadi
Kita boleh menulis tentang hari istimewa yang kita raikan sendiri, atau bersama keluarga atau juga bersama yang tersayang, boleh sertakan aktiviti yang kita buat hari tersebut. Sebagai contoh, BBQ, bersantai di tempat peranginan dan sebagainya.
[3] Pelbagaikan gaya penulisan
Bagi aku, kepelbagaian bahasa dalam penulisan lebih menarik agaknya, maksud aku formal dan non-formal.. Nanti kalau skema je, orang labelkan kita skema pulak.. Tapi aku pernah jumpa banner "skema itu kemas" ekeke xingat plak blog sapa.. hehe
Gambar tersirat
[4] Kembalikan memori lama
umm, ini pun aku rasa cara yang baik. Yelah, kawan - kawan kenal kita keadaan sekarang, apa salahnya kita mengajak mereka berkongsi masa lampau kita hehe. Juga gunakan situasi, memori yang paling sukar di lupakan dan kongsikan kenapa ia sukar di lupa.
[5] Koleksi Peribadi
Selain tu, kita bolah kongsikan dengan pembaca koleksi peribadi yng pernah atau sedang kita gunakan sekarang. Juga, kongsikan kenapa kita amat berpuas hati dengan koleksi tu hehe, mana lah tau ramai yang sependapat dengan kita.. Contohnya, jenis handphone, kasut, kereta dan sebagainya.
[6] Perkara tidak di jangka
Kadang2, ada perkara yang kita rahsiakan, tapi juga, apa kata kita cuba selongkarkan.. Contohnya, kita godek - godek sikit apa yang ada dalam beg duit kita, kenapa perlu ada barang2 tu.. ha, kan boleh meningkatkan tahap ingin tahu pembaca terhadap kita..
[7] Berikan sesuatu yang 'sampah'
err jangan salah paham.. hehe, apa kata kita kongsikan dengan pembaca tentang perkara scraps kita, contohnya macamana anda mereka tandatangan, kenapa begitu rupanya, dan mungkin ada maksud terselindung.. Dan juga boleh sertakan apa yang ada buat semasa pergi kuliah, mesyuarat dan sebagainya.
[8] Hebahkan blog/web lain
agak2 kalau kita takde idea sangat, kita boleh bantu pembaca dengan mencadangkan pada diorang laman blog yang baik, kreatif, dan sertakan kenapa anda membuat ulasan camtu hehe.. Sekurang2nya, korang ada idea nak update blog kan..
Hehe, ok aku rasa itu je yang terpikir time ni, kalau korang ada idea lain, sertakan di ruangan komen ye, hehe.. ok, sekian saja..
11 comments