Entry kali ini aku nak mengajak korang semua berbincang tentang bagaimana menjadikan pelajar [diri kita] cemerlang? Err, pelajar cemerlang kat sini bukan semata - mata cemerlang dalam peperiksaan ya.. hehe, topik ni sesuai untuk semua orang rasanya.. Aku ambil contoh pelajar, supaya kita lebih paham konsepnya..
Hehe.. aku ni cemerlang ke time belajar dulu?.. Jom semak jap keputusan akademik aku dulu hehe,
UPSR 1998 = 4A 1B
PMR 2001 = 8A 1C
SPM 2003 = 7A 3B 1C
Matrikulasi = 3.62
Degree = 2.98
hehe, saja nak berkongsi.. Kalau ikutkan, dari segi kehendak pencapaian cemerlang, memang jauh la dari sasaran.. hehe, 2.98 pun nak bangga ke? Nak bekongsi tips ke? hehe, ni bukan tips la, aku nak kongsi je..
Bagi aku,pencapaian yang aku dapat tu, dah di kira cemerlang.. haha, kenapa aku cakap macam tu? Sebenarnya, erti kata cemerlang tu kompleks, boleh jadi terlalu objektif, dan ia boleh jadi subjektif. Bergantung pada minda kita, andaikan seorang pemain bola, adakah dia hanya layak di gelar cemerlang sekiranya dia berjaya menjaringkan gol?? Ya atau tidak? Sama la macam pencapaian aku tu, dari segi kehendak akademik, 2.98 berada di kelas kedua bawahan.. tapi bagi aku, dah cukup cemerlang tu hehe..
Kenapa? Sebab aku yang mengawal kadar cemerlang tu, aku sedar kemampuan aku, dan mencapai target aku, da di kira cemerlang la tu.. So, kalau rasa - rasa nak cemerlang macam aku, jom ikuti langkah - langkah berikut.
ni gara - gara hilang tumpuan la ni.. uitt dispilin la sikit
[1] kalau rasa malas nak pergi kuliah, tak payah pergi hehe, sambung je tidur.. Yelah, kalau dah malas, hati pun xseronok nak belajar, ilmu tak masuk.. better you tidur, bangun tidur sama je dengan orang yang gi kelas, tapi jiwa kosong..
[2] Assignment berlambak - lambak?.. biar je, nanti ada yang dah siap, copy paste je, kenapa jawapan sama je? "la, dah soalannya sama, jawapan mesti sama"
[3] Masa exam, kalau dah tak tau nak jawab, aku suka kosongkan je tempat jawapan tu, yelah, daripada sakitkan kepala je pikir, kalau dah tak tau, tak ingat or xpenah tau pun tinggalkan je la, tu pasal Termodynamic 1 aku dapat D+, huhu..
[4] Bersuka ria / bersosial bila waktu takde kelas.. Ha, ni pun aku selalu amalkan..
bukannya apa tau, bagi aku, tak lah terlalu rigid sangat dok ipta/ipts tu kena study je 24 jam.. celik je mata, sampai pejam semula study je keja korang hehe kena la bersosial jugak, komunikasi dengan kawan - kawan.. tapi kalau ada yang memang set nak 4.00, ni tips (search tips pelajar cemerlang) yang betul - betul hehe kalau ikut cara aku, nanti korang akan jadi cemerlang versi PADIN plak, hehe jadilah pelajar cemerlang dari segala aspek kehidupan, dari segi rohani, pengisian jiwa, komunikasi, pergaulan rakan sebaya.. dan tentunya akademik korang juga hee, okeh sekian
19 comments